Perbanyakkan Dialog, Elak Pertelingkahan
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyokong penuh titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah agar menghentikan perbuatan mempersenda keperibadian Raslullah SAW dan mencemar kesucian Islam. Sebagai sebuah badan dakwah, YADIM berpendapat titah Baginda itu adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian dan dihayati oleh […]
Yadim: Mujahid jawab dakwaan
SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menafikan dakwaan lantikan seorang wakil rakyat sebuah parti dalam Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bermotifkan politik. Menurutnya, kesemua lantikan dibuat selepas menilai kebolehan, kemampuan dan amanah. “Lantikan itu bukan sebab politik semata-mata tapi siapa yang layak saya berikan kedudukan. “Mereka ada pengalaman […]
12 terima watikah ALPA YADIM
PUTRAJAYA – Seramai 12 individu profesional berkelayakan dari pelbagai bidang menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini. Watikah berkenaan, disampaikan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf dalam satu majlis di ibu pejabat YADIM di sini hari ini (30 […]
MAPIM kunjungi YADIM
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini (23 Januari) menerima kunjungan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang diketuai sendiri oleh Presidennya, Mohd Azmi Bin Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azmi. Ketibaan mereka di YADIM pada jam 9 pagi disambut Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin, sebelum mereka […]
Tolak cadangan wanita Islam sertai ratu cantik di Sabah
KOTA KINABALU -Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Sabah menolak cadangan Jawatankuasa Penganjur Pertandingan Unduk Ngadau Pesta Kaamatan peringkat negeri supaya wanita Islam di negeri ini dibenarkan menyertai pertandingan ratu cantik pesta berkenaan. Pengarah Yadim Sabah Samin Ongki berkata Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Sabah serta fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sabah dengan jelas menyebut larangan wanita […]
Nik Omar mula tugas di YADIM
PUTRAJAYA – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu, Nik Omar Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Zolkharnain Abidin secara rasminya memulakan tugas mereka hari ini. Kedua-duanya tiba di ibu pejabat YADIM di sini pukul 9.45 pagi dan disambut oleh barisan kepimpinan YADIM sebelum dibawa beramah mesra dengan kakitangan YADIM. Selesai acara simbolik mengetik […]
Pelantikan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua YADIM
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertuanya yang baharu Dua tokoh pendakwah bebas, Ustaz Haji Nik Omar Nik Abdul Aziz dan Ustaz Haji Zolkharnain Abidin masing-masing dilantik sebagai Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berkuatkuasa 1 Disember lalu. Pelantikan mereka adalah […]
YADIM sertai misi bantuan ke Palu
PUTRAJAYA – Sebagai sebuah badan dakwah yang sentiasa cakna dengan keperluan saudara seagama walau di mana pun berada, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menyertai Misi Bantuan Pasca Tsunami ke Palu. Misi berkenaan merupakan peringkat agensi agama di Jabatan Perdana Menteri yang turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri, YB Datuk Seri Dr […]
YADIM sasar bina 40 telaga air
ALOR GAJAH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyasarkan pembinaan 40 telaga air di perkampungan saudara baharu di pedalaman Sabah Sarawak tahun depan. Pengurus Besar Operasi YADIM, Mohd Khairrul Fuad Samsudin berkata, pembinaan berkenaan membantu menyediakan keperluan asas seperti air bersih kepada golongan sasar selain memberi manfaat kepada orang bukan Islam. “Dengan adanya telaga ini […]
FMD sedia pengalaman sebenar berdakwah
KUALA LUMPUR – Program Felow Muda Dakwah (FMD), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini diteruskan dengan siri ke sembilan pengambilannya, yang bertujuan melahirkan golongan pelapis pendakwah muda. Pengurus Besar Pengurusan dan Kewangan YADIM, Tuan Redhauddin Kamaruzaman berkata, sebagai produk ikon kepada badan dakwah ini, FMD telah melahirkan 214 orang barisan pelapis pendakwah negara, sejak dimulakan […]