MAIWP salur RM 2.1 juta dana kepada 40 NGO Islam Malaysia
KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 14 Mei menyalurkan sumbangan lebih RM2.1 juta kepada 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Malaysia. Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Syed Hussein Abdul Kadir berkata pengagihan dana berkenaan adalah bagi membiayai program dan aktiviti tahunan NGO itu yang memfokuskan program keagamaan seperti dakwah, pendidikan dan kebajikan […]
Konvensyen Fiqh Ummah himpun tokoh pelbagai bidang
PUTRAJAYA – Sebuah program berjudul ‘Konvensyen Fiqh Ummah : Maqasid Syariah & Masa Depan Malaysia’ yang dicadangkan dianjurkan pada Julai nanti bakal membariskan tokoh tokoh ternama dalam pelbagai bidang, bagi membincang dan memperkasakan Maqasid Syariah. Antara yang disenaraikan termasuklah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1440H, Prof Dato’ Dr Sidiq Fadzil, Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, […]
Islam bukan satu bebanan tapi nikmat
PUTRAJAYA – Umat Islam di negara ini perlu mengubah pemikiran mereka dalam menjalani kehidupan seharian dan ia bermula daripada minda dan hati. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, jika dapat diubah barulah mereka dapat menganggap Islam itu sebagai nikmat dan anugerah daripada Allah. Beliau berkata, umat Islam juga […]
Terapkan rahmah dalam pentadbiran kerajaan baharu di setiap peringkat
PUTRAJAYA – Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (Yapeim), Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata, negara kini berdepan dengan cabaran menterjemahkan konsep rahmah dalam bentuk polisi, masyarakat, dan negara dalam memastikan ia merentasi kesemua jabatan dan kementerian di negara ini. Beliau berkata, konsep mengejar kebaikan perlu dikembangkan lagi dan dimainkan peranannya dalam pentadbiran kerajaan hari ini. […]
YADIM anjur Program Fastabiqul Khairat
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menganjurkan program Fastabiqul Khairat yang merupakan strategi penjenamaan semula produk-produk yayasan itu di bawah kepimpinan baharu, menjelaskan hala tuju semasa Yadim bertepatan dengan konsep Rahmatan Lil A’lamin. Yang DiPertua YADIM, Nik Omar Nik Abduk Aziz dalam ucapannya hari ini menekankan, Fastabiqul Khairat harus menjadi landasan utama kehidupan masyarakat […]
Tiga panduan utama Yadim sebarkan mesej Islam
PUTRAJAYA – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Nik Omar Nik Abdul Aziz menekankan tiga teras utama sebagai panduan yang dilihat penting untuk menyebarkan mesej Islam positif kepada semua lapisan masyarakat. Beliau berkata, tiga teras utama tersebut adalah perubahan pemikiran, nasihat-menasihati dan operasi kehidupan yang perlu diterapkan. Katanya, dalam konteks yang dibawa, orang Islam […]
Pembaharuan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) merupakan sebuah yayasan yang diwujudkan pihak kerajaan sejak 1974 dengan bermatlamat, seperti mana yang termaktub dalam Surat Ikatan Amanah YADIM, untuk menjadi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mendukung amanah untuk memperkembangkan agama Islam secara khususnya dan kerja-kerja pendidikan, sosial, dan kebajikan di kalangan masyarakat Islam secara umumnya. […]
Jawapan Kepada Kritikan Asyraf ke atas YADIM
MENARIK juga apabila sesekali bekas Yang di Pertua Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Dato Dr Asyraf Wajdi Dusuki beberapa hari lepas membuat komen mengenai apa yang dibayangkan sedang berlaku dalam organisasi amanah yang pernah dipimpinnya dalam Utusan Malaysia bertarikh 29 Mac 2019 . Semua orang tahu, YADIM pernah dipimpin oleh mereka yang cenderung politik dari Yang […]
Takziah buat keluarga Muhammad Haziq
PUTRAJAYA – Seluruh warga Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia berduka cita dan mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Haziq Mohd Tarmizi yang terkorban dalam tragedi tembakan rambang di Christchurch, Jumaat lepas. Didoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang orang beriman dan diberikan kekuatan buat keluarganya menghadapi ujian ini. Kementerian Luar awal pagi ini mengesahkan bahawa Muhammad Haziq, […]
Unit Pemantauan Isu Menghina Islam : Tangani Dengan Rahmah
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyifatkan langkah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menubuhkan Unit Pemantauan Isu Hina Islam sebagai satu tindakan telus dan proaktif dalam menangani isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan agama Islam. Penubuhan unit berkenaan yang diumumkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof itu, adalah […]