YADIM perlu main peranan utama lahirkan pendakwah – Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) perlu memainkan peranan utama ke arah melahirkan pendakwah dan umat Islam yang menjadi model ikutan kepada keseluruhan masyarakat di Malaysia. Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan memberikan segala sokongan dan dokongan kepada YADIM untuk menggerakkan usaha dakwah melatih umat Islam di Malaysia […]

Majlis Apresiasi Anugerah Khidmat Cemerlang 2018 dan Jasamu Dikenang

PUTRAJAYA – Pekerja yang cemerlang merupakan aset sesebuah organisasi yang paling bernilai. Justeru bagi menghargai sumbangan mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 26 November telah mengadakan Majlis Apresiasi Anugerah Khidmat Cemerlang 2018 Dan Jasamu Dikenang di sini. Seramai 13 penerima dari pelbagai kategori perkhidmatan YADIM diraikan dalam majlis ini. Mereka menerima sijil penghargaan dan […]

Keningau lokasi tepat Kembara Malaysia Rahmah

KENINGAU – Pemilihan Keningau sebagai lokasi penganjuran Kembara Malaysia Rahmah 2019 Peringkat Negeri Sabah dilihat tepat kerana mampu memberi penerangan kepada penduduk di kawasan ini mengenai gagasan Rahmatan Lil Alamin. Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat  Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal berkata, dengan mengadakan program di kawasan ini, masyarakat luar bandar di sini boleh […]

Sabah harap lebih banyak program dari YADIM

KENINGAU – Kerajaan Sabah mengalu alukan lebih banyak program berbentuk kemasyarakatan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia di (YADIM) negeri ini. Pembantu Menteri kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Yang Berhormat Rasinin Koutis berkata, menerusi program sedemikian, masyarakat yang menerima bantuan akan merasa dihargai dan tidak dipinggirkan oleh pihak bertanggungjawab. “Meskipun ada yang anggap sumbangan itu […]

Tadbir urus baik elak rasuah, salah guna kuasa

SEPANG – Tadbir urus yang baik penting bagi sesebuah institusi agama dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat. Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kegagalan tadbir urus menjadi punca kepada permasalahan besar termasuk rasuah dan salah guna kuasa. “Tanpa tadbir urus yang baik, seluruh sistem itu akan longgar seterusnya terhakis keyakinan […]

Ulama dituntut bekerjasama bawa dasar kemakmuran melalui gagasan Rahmatan lil Alamin

SEPANG – Ulama dituntut agar tidak bercanggah dengan konsep maqasid syariah dan bekerjasama dari konteks rantau Asia Tenggara untuk membawa dasar kemakmuran yang dipacu Malaysia melalui gagasan Rahmatan Lil Alamin. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, ini secara tak langsung dapat membantu Islam menangani Islamophobia yang terheret dengan radikalisma yang […]

Resolusi Multaqa Ulama Asia Tenggara 2019

Movenpick Hotel And Convention Centre, Klia 18-19 November 2019 MENGINSAFI kepentingan golongan ulama dan ilmuwan sebagai kelompok teras dalam peradaban ummah Islam dan tuntutan terhadap keperluan menyatukan, menggembleng dan memperkasa para ulama Asia Tenggara ke arah kemakmuran dan keamanan Asia Tenggara; MEMAHAMI kemakmuran Asia Tenggara hendaklah dijayakan dan dilestarikan secara berterusan dan ia hendaklah dipandu […]

Ulama perlu bekerjasama bawa konsep Rahmatan Lil Alamin di Asia Tenggara

SEPANG – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof meminta ulama Malaysia bekerjasama dengan rakan ulama di Asia Tenggara untuk membawa konsep Rahmatan Lil Alamin di rantau ini. Melalui kerjasama sedemikian, katanya ia secara tidak langsung dapat membantu menangani isu Islamofobia yang terheret dengan radikalisme yang membawa kepada sikap keras kepada agama […]

Mesyuarat, Muzakarah MABIMS buka gelanggang MUAT 2019

SEPANG – Multaqa Ulama Asia Tenggara membuka tirainya hari ini (18 November) dengan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bidang Kerjasama 6: “Memperluas Peranan MABIMS Ke Dunia Luar”. Selain pegawai mewakili negara ahli MABIMS (Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama; Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura), wakil wakil agensi berkaitan Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam […]

Kunjungan Unit Audit dan Kualiti YADIM ke MBSA

SHAH ALAM – Dalam memastikan gerak kerja dakwahnya dilaksanakan dengan sistematik dan professional, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) komited memastikan audit dan kawalan dalamannya sentiasa dilaksanakan sama ada ke atas operasi mahupun pengurusannya. Justeru, menyedari tanggungjawab besar yang dipikul mereka, Unit Audit dan Kualiti YADIM pada 12 November telah melaksanakan satu lawatan kerja ke Bahagian […]