Wakaf sebagai sumber ekonomi utama Islam

PUTRAJAYA – Amalan berwakaf hari ini perlu diiktiraf sebagai kuasa dan sumber ekonomi utama umat Islam sekiranya mahu melihat potensinya digunakan sepenuhnya. Presiden Majlis Permuafakatan Wakaf Antarabangsa, Profesor Dr Wan Mohtar Wan Yusoff berkata, wakaf ketika ini tidak boleh dilihat sebagai sumber ekonomi ketiga selepas kerajaan dan swasta, sebaliknya ianya merupakan yang utama sekali. “Semua […]

Pencarian DMY diteruskan

PUTRAJAYA – Anda petah berkata kata dan ada aura serta gaya seorang pemimpin ? Beraspirasi untuk berdakwah dalam persekitaran dunia penuh cabaran ini ? Jika ya, maka anda lah yang Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) cari sebagai Daie Muda YADIM (DMY). Sebagai DMY anda bukan sahaja berperanan berdakwah secara konvensional, malah sebagai daie gerak kerja […]

YADIM – Kesatuan Ulama Islam Sedunia tandatangani perjanjian

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengorak langkah besar dalam usahanya melaksanakan gerak kerja dakwah apabila menandatangani perjanjian kerjasama dengan Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS). Perjanjian bersejarah itu ditandatangani pada 7 Januari dalam lawatan Ketua KUIS, Prof Sheikh Dr Ahmad al-Raysuni ke ibu pejabat YADIM di sini. Tujuan utama perjanjian ini ialah untuk kelangsungan […]

YADIM-MTCA terus kukuhkan hubungan kerjasama

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Malaysian Turkey Culture Association (MTCA) sepakat untuk mempelbagai dan mengukuhkan lagi hubungan yang terjalin antara dua organisasi ini. Demikian hasil pertemuan dalam kunjungan MTCA ke ibu pejabat YADIM di sini pada 6 Januari. Pertemuan selama kira kira dua jam itu membincangkan pelbagai bentuk kerjasama yang boleh membawa […]

Kemasukan ke MANTAP – YADIM

Berita baik buat ibu bapa yang sedang mencari pusat pengajian tahfiz untuk anak-anak mereka menyambung pelajaran ke Tingkatan  1 ( Khas Untuk Pelajar Lelaki Sahaja). Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menubuhkan Maahad Antarabangsa Tahfiz dan Kepimpinan (MANTAP) yang akan beroperasi di Institut Latihan Dakwah Yadim (Yadim Training Centre) di Batu 14 1/2, Hulu Langat, […]

Semua pihak perlu hormat pandangan Mufti

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kesal dengan reaksi yang melampau daripada segelintir masyarakat yang tidak bersetuju dengan kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mengenai sumpah laknat baru-baru ini. Seluruh anggota masyarakat sepatutnya menghormati pandangan yang diberikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan kerana beliau sememangnya seorang yang tinggi keilmuan dan keperibadiaanya serta […]

Perluas Fastabiqul Khairat

PUTRAJAYA – Fastabiqul Khairat (mengejar kebaikan) yang kini merupakan motto dan konsep Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mendapat pujian daripada Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia, Sheikh Dr Ali Muhyiddin Al Qaradaghi. Sheikh Dr Ali Al-Qaradaghi menegaskan pemilihan motto tersebut adalah satu pilihan yang sangat tepat berdasarkan panduan yang diberikan daripada Al-Quran. Menurut beliau, Fastabiqul Khairat […]

Jalinan kerjasama ekonomi YADIM – DPIM

PUTRAJAYA – Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) bersedia membantu dan menawarkan kepakarannya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan bagi membantu YADIM meningkatkan jumlah dana badan dakwah ini. Pengerusi DPIM Mohamad Sahar Mat Din berkata, antara yang menjadi keutamaan pihaknya ialah melaksanakan jihad ekonomi bagi membantu pihak atau agensi berkaitan memperkukuhkan kedudukan kewangan dan ekonomi masing masing. […]

Penyampaian Hadiah Pertandingan Perarakan Maulidur Rasul 1441H

PUTRAJAYA – Satu majlis ringkas telah diadakan di ibu pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  di sini pada 11 Disember bagi meraikan para pemenang Pertandingan Perarakan Kontinjen Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1441H baru baru ini. Mewakili Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada majlis ini ialah Ketua Sektor Pembangunan Ummah dan Wanitanya, Ustaz Muhammad […]

YADIM terima Anugerah Citra Sahabat DBP 2019

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 10 Disember telah menerima Anugerah Citra Sahabat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2019 anjuran badan itu. Ia merupakan pengiktirafan bagi menghargai peranan dimainkan YADIM dalam membantu DBP menyebar luas dan memartabat bahasa, sastera dan persuratan Melayu. Anugerah bagi kategori sektor awam itu disampaikan oleh Timbalan Menteri […]