Dr Zulkifli lancar Bilik Gerakan Bencana Banjir YADIM
PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri pada 10 Disember telah melancarkan Bilik Gerakan Bencana Banjir Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di ibu pejabat badan dakwah tersebut di sini. Bilik gerakan tersebut kelak akan berfungsi menyelaras urusan bantuan bencana banjir di seluruh negara yang akan dilaksanakan […]
Ziarah dan Musa’adah Covid-19 di Changloon
CHANGLOON – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 19 November telah mengadakan program Ziarah dan Musa’adah Covid-19 di dua kampung di daerah ini. Program anjuran bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung, Majlis Dakwah Negara, Pertubuhan Dhuafa’ Sejahtera dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) itu menyantuni empat keluarga di Kampung Changkat Setol dan Kampung Rawa di […]
YADIM Peduli santuni 100 mangsa banjir di Rahang
RAHANG – Prihatin dengan nasib penduduk Kampung Semarak di sini yang menjadi mangsa banjir baru baru ini, Bahagian Khidmat Bakti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), serta YADIM Negeri Sembilan telah mengadakan program YADIM Peduli: Bantuan Pasca Banjir pada 15 November. Program yang disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli Mohamad […]
Sumbangan rehal kali kedua Sukarelawan YADIM Kuala Langat
PULAU CAREY – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat, meneruskan program sumbangan rehal untuk kegunaan ramai di Dewan Pengajian Muallaf Kampung Sungai Judah di sini. Sebanyak 20 rehal disumbangkan oleh Pengerusi Sukarelawan YADIM Kuala Langat,Hasmawi Mahidin pada 12 November kepada pembimbing muallaf kawasan ini, Ustaz Manarwi. Ini merupakan kali kedua Sukarelawan YADIM Kuala […]
YADIM hantar surat bantahan gesa batal ABPBH
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 12 November telah menghantar surat menggesa penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dibatalkan. Mewakili YADIM ialah Pengarah Kanan di Pejabat Yang Dipertua YADIM, Mohd Zai Mustafa. Turut sama ialah Penolong Setiausaha Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Saifullah Baiduri dan Setiausaha Ummah Melaka merangkap Pegawai Khas Pengerusi Ummah […]
Bantahan terhadap penghinaan kepada Rasulullah anjuran YADIM dapat sokongan luar biasa
KUALA LUMPUR – Bantahan secara dalam talian terhadap penghinaan kepada Rasulullah SAW anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mendapat sokongan luar biasa daripada netizen. Program pada 1 November itu dibuat susulan isu menghina Nabi Muhammad SAW di Perancis dan kenyataan Presiden negara itu yang menghina Islam. Ia merupakan program Kerjasama YADIM dengan badan pertubuhan bukan […]
Hampir RM80,000 untuk kakitangan penjara di Kedah, Pulau Pinang, Perak.
TAIPING – Hampir RM80,000 diperuntukkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk menyantuni keluarga kakitangan penjara di negeri negeri utara Semenanjung Malaysia. Kesemua mereka, yang menerima sumbangan barangan keperluan harian, terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Penjara Pokok Sena, Alor Setar, Sungai Petani, Seberang Perai dan Taiping di sini. Program ini dianjurkan YADIM dengan […]
100 bakul kasih PKP kepada komuniti Taman Melawati
GOMBAK – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan Kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulama’ (Geng Ustaz), telah menyampaikan sebanyak 100 bakul sumbangan kepada keluarga yang memerlukan di sini. Sumbangan tersebut menerusi program YADIM Peduli: Musa’adah dan Misi Kebajikan PKP diadakan di Masjid Al Hidayah di Taman Melawati di sini dalam satu […]
YADIM sumbang RM5,000 untuk Musa’adah Siswa Khas di UKM
BANGI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) tampil antara agensi terawal menyantuni mahasiswa terkesan akibat gelombang terbaharu Covid-19 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Menerusi inisiatif Musa’adah Siswa Khas digerakkan pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri itu, YADIM pada 4 Oktober yang diwakili Yang Dipertuanya, Yang […]
Perasmian Pondok Permata Iman 4 Oktober ini
PUTRAJAYA – Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan mengadakan Majlis Perasmian Pondok Moden Permata Iman, Is’ad Al-Usrah, dan Musaadah di Sentul, Kuala Lumpur pada 4 Oktober ini (Ahad). Inisiatif pengisian bulan dakwah ini akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Datuk r Zulkifli Mohamad Al Bakri. Antara […]