Seniman Jalanan Ibu Kota disantuni Bank Islam, YADIM

KUALA LUMPUR –   Seniman jalanan di negara ini juga memerlukan sumbangan kerana pandemik Covid-19 yang melanda, turut memberi kesan kepada mereka.Ekoran tiada jemputan persembahan, pendapatan mereka terjejas teruk. Prihatin dengan situasi ini, Kelab Bank Islam dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 16 September menyantuni seramai 20 seniman jalanan di sekitar ibu kota seperti buskers, […]

Bengkel Penyediaan Draf Garis Panduan Pemerkasaan Sukarelawan Dakwah Masyarakat

Bahagian Penyelidikan dan Perancangan YADIM akan mengadakan Bengkel Penyediaan Draf Garis Panduan Pemerkasaan Sukarelawan Dakwah Masyarakat pada 13 September 2021 secara maya. Bengkel ini adalah kesinambungan daripada bengkel fasa pertama yang telah diadakan sebelum ini. Objektif penyelidikan ini dijalankan adalah, yang pertama, untuk mengenal pasti isu dan cabaran dalam usaha pemerkasaan sukarelawan dakwah masyarakat, kedua, […]

SAY Kuala Langat agih daging segar sumbangan YaPEIM

KUALA LANGAT – Usaha konsisten daripada Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat menyantuni golongan yang memerlukan terus mendapat perhatian pelbagai pihak untuk terlibat sama dalam program berkenaan. Selepas penternak ikan, penanam sayur dan pengusaha katering, kali ini Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) pada 3 September telah menyumbangkan sebanyak 250 kilogram daging untuk […]

Buku panduan Ibadah jadi rujukan ibadah pesakit Hospital Serdang

SERDANG – Selaras dengan hasrat menjadikan Hospital Serdang sebagai sebuah institusi mesra ibadah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah tampil bekerjasama dengan Unit Hal Ehwal Islam hospital berkenaan. Antara inisiatif YADIM ke arah itu ialah menyumbangkan sebanyak  100 naskhah buku Panduan Ibadah Pesakit , 100 naskhah Buku Hamba Terpilih, 30 set kit ibadah pesakit, 80 […]

Orang Asli Pulau Carey terima sumbangan SAY Kuala Langat

KUALA LANGAT – Sempena sambutan bulan kemerdekaan ke 64,  Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat diketuai pengerusinya Hasmawi Mahidin, telah mengadakan program kemerdekaan dan penyampaian sumbangan di Pulau Carey di sini. Program dijalankan di Kampung Sungai Judah bersama Tok Batin Daiman Peron selaku ketua masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut pada 31 Ogos. […]

800 pek bubur Asura untuk penduduk Hulu Langat

HULU LANGAT  – Sebanyak 800 pek bubur asyura telah diagihkan kepada penduduk daerah ini pada 30 Ogos oleh Institut Latihan Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (INDAH). Bubur asyura berkenaan telah disediakan secara gotong-royong dalam program Agihan Bubur Asyura INDAH, sebagai sebahagian pengisian program Bulan Kemenangan sempena hari kemerdekaan. Menurut Pengarah INDAH, Mohd Fitri Aziz Mohd […]

YADIM – Dar Al Fikr Turki tandatangani MoA

PUTRAJAYA – Kerjasama dalam bidang penerbitan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diperkasakan lagi menerusi perjanjian yang ditandatangani bersama dengan Dar Al-Fikr Mouaser, Turki pada 24 Ogos. Menerusi perjanjian tersebut, YADIM akan menjadi penerbit buku Atlas An-Nabawi karangan Dr. Shawqi Abu Khalil versi bahasa Melayu di negara ini. Mewakili YADIM dalam perjanjian ini ialah Yang […]

Bengkel Pembimbing RBY

PUTRAJAYA – Sebagai salah satu usaha menyediakan generasi pelapis negara, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menerusi Bahagian Kepimpinan Mudanya menyediakan pelbagai program pembangunan belia. Antara yang terbaharu diadakan ialah Bengkel Pembimbing Rakan Belia YADIM (RBY) yang pesertanya dipilih dikalangan ahli Rakan Siswa YADIM (RSY). Antara RSY  yang terlibat ialah mahasiswa dari Darul Quran Jabatan Kemajuan […]

YADIM, 130 NGO Islam MAIM desak pemimpin henti bertelagah

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan 130 rakan badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang bersama dalam Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) menyeru semua pihak terutama pemimpin untuk berhenti bertelagah dan berebut kuasa ketika ini kerana ia hanya akan memecahbelahkan negara. Yang Dipertuanya, Nasrudin Hassan berkata, Yadim menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan […]

Anak yatim, ibu tunggal, keluarga OKU disantuni SAY Sungai Besar

SUNGAI BESAR- Seramai 14 keluarga anak yatim, ibu tunggal dan Orang Kelainan Upaya disantuni Grup Mengaji Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Parlimen Sungai Besar pada 6 Ogos. Mereka menerima sumbangan makanan bermasak dan barangan keperluan dapur. Turut disantuni ialah sebuah keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19. Program sumbangan ini diketuai oleh Nor Aini Jaafar dibantu […]