Lebih RM20 ribu daripada YADIM untuk bantu institusi tahfiz

PUTRAJAYA – Prihatin dengan nasib sekolah tahfiz di negara ini yang masih terkesan dengan penularan Covid-19, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 13 Oktober menyampaikan sumbangan bernilai RM20,000 untuk institusi ini. Sebanyak 20 institusi tahfiz akan menerima manfaat sumbangan ini iaitu sebanyak 10 di Selangor, lima di Pahang, tiga di Melaka dan dua di Negeri […]

Daie Komuniti YADIM cakna kesihatan mental kanak-kanak

SENTUL UTAMA – Kesihatan mental merupakan satu aspek kehidupan yang kini mula diberikan lebih perhatian sejak pandemik Covid-19 melanda negara. Perhatian kepada kanak kanak dalam hal ini juga wajar tidak dipandang remeh. Maka atas tujuan tersebut, Daie Komuniti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sentul Utama dan Hiliran Ampang pada 10 Oktober telah menganjurkan program kesihatan […]

Ini sebahagian hidup….

SETAPAK – “Kita bukan nak jadi seperti ini, tapi ini sebahagian daripada hidup. “Siapa yang mahu begini…., “Saya memang kerja buat lagu, jadi susah kalau hendak tukar karier,” ujar artis yang cukup popular dahulu, To’ki ketika ditemui Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia di kediamannya di sini. To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur disantuni dalam program […]

YADIM sasar lebih 2 juta sertai Bulan Dakwah 2.0

KUALA LUMPUR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mensasarkan lebih dua juta penyertaan untuk Bulan Dakwah 2.0 bermula dari 8 Oktober hingga 31 Disember ini. Yang Dipertuanya, Nasrudin Hassan berkata, bagi tujuan itu sebanyak 3,000 program dilaksanakan untuk menjayakannya berbanding tahun lepas. Katanya, ia merupakan program tahunan dan kali kedua diadakan dengan tujuan meraikan kelahiran […]

Bulan Dakwah 2.0 pertingkat kualiti penyampaian, pengisian

KUALA LUMPUR – Bulan Dakwah 2.0 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan ditingkatkan kualiti penyampaian dan pengisian program di dalamnya. Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nasrudin Hassan berkata, ia tidak akan sekadar bersifat touch & go atau hit and run. “Ia mestilah ada susulan ke atas program dan kepada golongan sasar. “Dakwah mesti […]

Kebajikan kakitangan diutamakan

PUTRAJAYA – Kita menyantuni golongan yang memerlukan, tanpa melupakan kakitangan. Demikian ucapan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Nasrudin Hassan semasa menyampaikan sumbangan untuk kakitangan badan dakwah ini pada 29 September. Seramai 21 kakitangan YADIM disantuni dalam program ini menerusi pemberian barangan keperluan harian seperti beras, telur, minyak masak dan lampin pakai buang. […]

YADIM manfaat sukarelawan bagi dakwah di Terengganu

HULU TERENGGANU – Bagi memantapkan agenda dakwah di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) memanfaatkan sumbangan tenaga sukarelawan yang bergiat aktif di segenap lapangan. Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, walaupun dengan bilangankakitangan yang sederhana, program-program YADIM di Terengganu ini masih dapat sampai ke semua daerah di negeri ini dengan bantuan dan kesungguhan […]

Sesi Diskusi Pengukuhan Fardhu Ain RBY

PUTRAJAYA – Bermula 18 September lalu, telah diadakan Slot Diskusi Pengukuhan Fardhu Ain bersempena Program Citra Ibadah anjuran Unit Belia Bahagian Kepimpinan Muda bersama Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS). Program ini akan berterusan hingga 31 Oktober 2021 dalam Bulan Dakwah 2.0 YADIM. Ia mendapat sambutan amat menggalakkan apabila lebih 200 belia sudah menyertai […]

Maknai Hari Malaysia : YADIM santuni Petugas Barisan Hadapan PKRCB MAEPS

SERDANG  – Para petugas barisan hadapan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu 2.0 (PKRCB 2.0) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada 16 September  menerima sumbangan sempena Musaadah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) bersama Puspanita Cawangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, bersama Pengerusi […]