15 keluarga terima sumbangan SAY Kuala Langat

KEBUN BHARU – Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat tidak pernah lupa untuk menghulurkan sumbangan berupa pek makanan siap dimasak setiap Jumaat kepada keluarga yang memerlukan. Pada 11 Mac, seramai 15 keluarga anak-anak yatim, miskin, warga emas dan Orang Kelainan Upaya di sini dan Kampung Medan menerima sumbangan berkenaan yang disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, […]

Mohd Fadhil Yahya pemenang Anugerah Perdana Daie Muda YADIM

CYBERJAYA – Daie Muda Mohd Fadhil Yahya dinobatkan selaku pemenang Anugerah Perdana Daie Muda YADIM dalam pentas akhir yang diadakan di sini pada 5 Mac. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyah dari Universiti Al Azhar ini yang bakal menimang cahaya matanya yang kedua,  membawa pulang piala iringan, wang tunai RM15,000, tajaan mengerjakan umrah bernilai, produk […]

Pertemuan Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama bersama influencer media baharu

PUTRAJAYA – Majlis Pertemuan Timbalan Menteri Agama bersama Influencer Media Baharu anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berlangsung pada 23 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Acara ringkas ini antaranya bertujuan menjalin kerjasama dan mendekati influencer yang telah menempa nama terutama dalam platform media sosial yang mana didominasi oleh golongan anak muda. Antara yang dibangkitkan […]

Kunjungan Hormat dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara YADIM dan IAIN Batu Sangkar Sumatera Barat

PUTRAJAYA – Selepas Dewan Dakwah Islamiah Indonesia dan Kementerian Agama Kabupaten Pelalawan Riau, YADIM meneruskan inisiatif kerjasama dengan pihak Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Batu Sangkar Sumatera Barat, Indonesia pada 23 Februari. Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya mewakili Yang Dipertua YADIM berkata, beliau berharap kerjasama  ini bukan saja mengeratkan […]

Pelancaran CDERT APM – YADIM

KUCHING – Gerak kerja dakwah masa kini memerlukan usaha yang melangkaui keselesaan pejabat berhawa dingin. Inisiatif turun padang kini menjadi satu kemestian, umpamanya terlibat sama dengan usaha bantuan bencana dan sebagainya. Bertitik tolak dari sifat pro aktif dan sentiasa mendahulukan rakyat ini, Angkatan Pertahanan Awam telah menawarkan agar YADIM mengikuti kursus Asas CDERT (Civil Defense […]

Kem Kepimpinan RRY untuk lahirkan Huffaz cemerlang

HULU LANGAT – Bahagian Kepimpinan Muda telah mengadakan Kem Kepimpinan Rakan Remaja YADIM (RRY) dengan kerjasama Maahad Tahfiz Az Zahrah bermula 16 sehingga 18 Februari bertempat di Institut Latihan Dakwah YADIM di sini. Pembinaan jati diri dalam kalangan pelajar tahfiz dilihat penting untuk pembangunan diri mereka, agar dapat menjadi pemimpin yang berjiwa kental. Kem Kepimpinan […]

Pemukiman bentuk hala tuju menjelang jubli emas YADIM

KUANTAN – Dua tahun lagi menjelang sambutan 50 tahun penubuhannya, YADIM mensasarkan untuk kekal sebagai peneraju gerakan dakwah di negara ini. Tidak mahu selesa dengan pencapaiannya ketika ini, YADIM mengadakan pemukiman di sini bagi merancang hala tuju gerakan dakwahnya sehingga tahun 2024. Disertai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah, pengurusan tertinggi serta para pengarah bahagian dan […]

Kunjung hormat kepada Kementerian Agama Kabupaten Pelalawan

PUTRAJAYA – Selepas Dewan Dakwah Islamiah Indonesia, YADIM meneruskan inisiatif kerjasama dengan pihak berkuasa agama Indonesia bersama Kementerian Agama Kabupaten Pelalawan, Riau pada 16 Februari. Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, beliau berharap kerjasama  ini bukan saja mengeratkan silaturrahim, malah jalinan gerak kerja dakwah di rantau ini. “Gerakan dakwah tidak seharusnya terhalang dan terkurung […]

YADIM taja persediaan Inteam ke Syiria

PUTRAJAYA – Sebagai tanda sokongan dan membantu misi ke kawasan bergolak Syria, YADIM pada 14 Februari menaja kumpulan nasyid terkemuka negara, Inteam dengan pemberian pek daging sedia  dimakan. Sumbangan 20 pek daging daging kari, daging masak hitam dan daging rendang itu disampaikan oleh Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar Yahya kepada […]

YADIM – Yayasan Amal raikan 200 komuniti Cina Chow Kit

KUALA LUMPUR –  Yayasan Amal Malaysia, sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang prihatin telah  meraikan seramai 200 masyarakat cina sekitar Chow Kit di sini bersempena Sambutan Tahun Baharu Cina di Hotel Sani Kuala Lumpur. Dalam program pada 12 Februari ini, seramai 200 orang kaum Cina Tiong Hua yang sebahagiannya merupakan golongan mualaf menerima angpau […]