Sumbangan Back To School untuk pelajar Sekolah Kebangsaan Beliong
SAMARAHAN – Semua kanak kanak berhak dan perlu diberikan peluang mendapatkan Pendidikan, tidak kira di mana mereka berada, baik di bandar mahupun luar bandar. Seringkali kita diberitakan tentang kisah kisah kejayaan para pelajar luar bandar, yang disebalik pelbagai kesukaran, tetap cemerlang dalam pelajaran mereka. Sebagai salah satu usaha menyantuni golongan ini, dan ada masa yang […]
Program Kefahaman Islam Saudara Kita Bahagian Kuching
KUCHING – Telah berlangsung Program Kefahaman Islam Saudara Kita Bahagian Kuching di sini pada 5 Disember anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak. Perasmian program telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Marzuk Bin Shaary. Ia bersempena lawatan kerja beliau ke negeri ini. Dalam ucapannya, […]
Kembara Mahabah: YADIM Sarawak tambah rakan kerjasama di Sibu
SIBU – Aktiviti hari kelima Konvoi Kembara Mahabbah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak menyaksikan badan dakwah ini mengukuhkan hubungan dengan rakan rakan badan bukan kerajaan (NGO) Islam di sini. Menerusi kembara ini, YADIM berjaya menambah sebanyak tiga rakan kerjasama baharu di Sibu iaitu Hikmah Bahagian Sibu, Hidayah Centre Foundation Sibu dan Pertubuhan IKRAM Sibu. […]
Kembara Mahabah : Sumbangan untuk warga rumah panjang Kampung Sungai Gemuan
SARIKEI – Selesai Kembara Mahabbah di Kampung Tuie Betong, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak meneruskan perjalanan ke bahagian ini iaitu ke Kampung Sungai Gemuan, destinasi terakhir pada 21 November. Kehadiran YADIM Sarawak disambut dengan cukup meriah oleh penduduk Iban Muslim di perkampungan ini. Menurut maklumat daripada penduduk kampung, rumah panjang Kampung Sungai Gemuan ini […]
Pelancaran Sukarelawan YADIM Betong, sumbangan di Kampung Tuie
BETONG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) melebarkan sayapnya ke kawasan ini pula. Majlis pelancaran ini merupakan program keempat dalam Kembara MahabahYADIM Sarawak. YADIM diwakili oleh pegawainya, Zamri Bali. Membacakan teks ucapan Pengarah YADIM Negeri Sarawak , Zamri berkata pihaknya bersetuju mempertimbangkan permohonan program sukan seperti yang dipohon untuk dijadikan projek pertama Sukarelawan Yadim […]
Saya ada partner baru!
KUCHING – “Kita ada bina beberapa masjid baharu. “Dan memang mahu libatkan lebih ramai golongan muda dalam program di sini. “Kita alu alukan kedatangan YADIM untuk turun adakan program di sini, jadi hari ini saya ada partner (rakan) baru di Semariang,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Semariang, Yang Berhormat Datuk Hajjah Sharifah Hasidah Sayeeda Syed […]
“Terima kasih, jangan serik datang lagi ke Simunjan”
SIMUNJAN – Seramai 100 keluarga asnaf di sini disantuni Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam program Musa’adah YADIM pada 22 Oktober. Kesemuanya menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka. Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. Hadir ke program ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri SimunjanYang Berhormat Awla […]
Sumbangan untuk petugas misi menyelamat bot karam, pemancing hilang
TELAGA AIR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak dan Sukarelawan YADIM (SAY Sarawak pada 7 Oktober telah menyampaikan sumbangan air minuman dan minuman ringan kepada para petugas yang terlibat dalam misi pencarian mangsa bot karam sejak 2 Oktober di sini. Sebanyak 15 karton air mineral dan 10 karton air minuman tin telah disampaikan oleh […]
YADIM Sarawak Sanitasi Surau At Taubah Kampung Semariang Batu
KUCHING – Surau At Taubah di Kampung Semariang Batu di sini menjadi lokasi terbaharu program sanitasi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak. Program pada 24 Julai itu bermula pada jam 8 pagi, dengan disertai tiga orang kakitangan YADIM Sarawak dan dua anggota Sukarelawan YADIM Bahagian Kuching. Proses sanitasi dilakukan di sekitar kawasan ruang solat […]
YADIM Sarawak sumbang makanan, peralatan bernilai RM12,000 untuk bantu tangani Covid-19
KUCHING – Sebanyak 300 pek makanan dan 300 pek kit kebersihan diri disumbangkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak kepada Hospital Umum Sarawak pada 11 Julai. Ia merupakan sebahagian pengisian untuk program Musaádah YADIM 3.0 yang kini dijalankan di seluruh negara. Musaadah 3.0 telah dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Agama Menteri (Hal Ehwal Islam),Yang Berhormat […]