Latihan Pertolongan Cemas dan Kesukarelawanan YADIM di Serian
SERIAN – YADIM komited memperkasa Skuad Pasukan Bertindak Pertahanan Awam (CDERT) badan dakwah ini di seluruh negara. Ia akan dilaksanakan melalui penambahan ahli Sukarelawan YADIM (SAY) yang menerima latihan berkenaan serta kandungan dan peringkat latihan yang diberikan, kata Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Latihan Pertolongan Cemas dan Kesukarelawanan […]
Kunjungan ke Majlis Islam Sarawak
YADIM diajak untuk menambah lagi bilangan daie yang bertugas menyebar luas dakwah di Sarawak ketika ini. Ini antara cadangan oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Haji Misnu Haji Taha dalam kunjungan YADIM kepada beliau di pejabatnya di Kuching pada 28 Julai. Menurutnya, daie perlu mempunyai kekuatan untuk bertugas di Sarawak yang mempunyai cabarannya tersendiri […]
Majlis Makan Malam Bersama Rakan Strategik YADIM Sarawak
KUCHING – Kerana dakwah itu perlu berstrategi, berpasukan, sistematik dan berdasarkan fakta dan kajian. Cabaran berdakwah masa kini memerlukan usaha yang bukan sedikit untuk menjadikannya berjaya, memerlukan sesebuah organisasi tidak boleh lagi bergerak bersendirian. Bagi memastikan inisiatif melestari geralan dakwahnya berjaya, YADIM di Sarawak menghulurkan tangan dan menyeru rakan rakan strategiknya untuk terus bekerjasama bersama […]
Program Kebitaraan Mahasiswa Islam (KAMI) 2.0
KUCHING – Dengan objektif melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai idealisme Islam dalam diri, Program Kebitaraan Mahasiswa Islam (KAMI) 2.0 telah berlangsung di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) pada 27 Ogos. Seramai 75 peserta dari kalangan pelajar semester 1 IKMAS menyertai program ini. Ia dirasmikan oleh Pengarah Bahagian KEMUDA YADIM, Encik Shahrizal Mat dan […]
Ziarah lokasi pengajian Daie YADIM di Hulu Nyalau
BINTULU – Hari ketiga lawatan kerja kepimpinan YADIM ke Sarawak diisi dengan aktiviti ziarah ke Kampung Hulu Nyalau di sini. Ia merupakan lokasi badan dakwah ini mengadakan kelas pengajian agama yang disampaikan oleh Daienya Mohd Iskandar Abdullah. Tujuh tahun menjadi Daie badan dakwah ini, Mohd Iskandar mengadakan kelas pengajian agama YADIM untuk warga kawasan ini […]
Sesi pertemuan Daie YADIM Sarawak dan kepimpinan YADIM
KUCHING – Taklimat Skop Tugasan Daie dan Mesyuarat Bulanan Bersama Daie YADIM Sarawak yang berlangsung sejak 20 April ditutup dengan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. Acara ringkas pada 22 Feb ini antaranya diisi dengan amanat tentang gerak kerja YADIM untuk tahun 2022, sesi soal jawab dan percambahan idea bersama […]
Taklimat Skop Tugasan dan Mesyuarat Bulanan Daie YADIM Sarawak
KUCHING – YADIM meletakkan tugasan dakwah di lapangan sebagai sesuatu yang amat dititik beratkan bagi memastikan kelancaran usaha melestari gerakan dakwah. Justeru, pada 20 dan 21 Februari, Bahagian Dakwah Komuniti dengan kerjasama YADIM Sarawak telah mengadakan taklimat skop tugasan Daie dan mesyuarat bulanan bersama Daie YADIM Sarawak. Turut diadakan ialah taklimat manual pelaksanaan program Daie […]
Pelantikan MPN RSY Sarawak, Induksi Kepimpinan Rakan Negeri Sarawak
KUCHING – Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Rakan Siswa YADIM (RSY) bagi tahun 2022 – 2023 telah menerima watikah pelantikan mereka pada 21 Februari di sini. Simbolik penyerahan watikah disampaikan kepada Pengerusi MPN RSY Sarawak, Muhammad Bahrin Al-Bahri oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh di sini. Terdahulu, telah berlangsung induksi MPN Sarawak […]
YADIM Sarawak diberikan pengiktirafan CDERT APM
KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak komited melahirkan ahlinya yang berilmu melalui pelbagai aspek tidak terhad kepada berdakwah sahaja, malah membantu dalam misi bencana alam. Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Kamarul Arief Tuan Soh berkata, pengiktirafan Skuad Pasukan Bertindak Pertahanan Awam (CDERT) APM – YADIM penting dalam usaha yayasan itu meringankan bebanan orang […]
Dakwah menerusi ekonomi dan pendidikan untuk golongan muda
KUCHING – Lebih banyak ruang dan peluang kerjasama dakwah bakal dilaksanakan YADIM Sarawak di negeri ini, terutamanya melibatkan golongan muda. Ini merupakan antara yang dilontarkan dalam pertemuan YADIM Sarawak bersama Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di sini pada 21 Februari. Ketua Menteri Sarawak itu turut menyeru […]