Sumbangan YADIM Sabah – CIMB Islamic untuk SAVI
KOTA KINABALU – Nasib golongan Orang kurang Upaya di negeri ini tetap tidak dilupakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Pada 28 Jun, bersama dengan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB), YADIM Sabah menyampaikan sumbangan bakul makanan dan wang tunai kepada kepada 23 ahli Persatuan Orang Kurang Upaya Penglihatan Sabah/Sabah Assocation For The Vision Impaired (SAVI) […]
Musaadah 3.0 CIMB Islamic Bank – YADIM di Kampung Pulau Penampang
KOTA KINABALU – Demi kasih pada adiknya yang merupakan Orang Kelainan Upaya, Aishah Melampak sanggup berhenti kerja sebagai tukang cuci di sini demi menjaga mereka. Meskipun ia memberi kesan kepada ekonomi keluarganya, namun keputusan itu terpaksa diambil. Pendapatan suaminya sebagaiburuh binaan ternyata tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga ini. Cakna dengan keluarga berkenaan yang kini […]
Pelancaran Foodbank Masjid Puncak Taqwa – YADIM Sabah
Sekitar pelancaran Foodbank Masjid Puncak Taqwa – YADIM Sabah. Acara ringkas ini diadakan selepas Zohor pada 8 Jun. Dengan slogan ‘Sumbang Jika Mampu, Ambil Jika Perlu’, ia menggalakkan ahli kariah menyumbang kepada foodbank ini selain menyediakan kemudahan kepada pihak yang memerlukan di masjid ini. Ia sekaligus menyerlahkan peranan institusi masjid di komuniti ini. Pelancaran dilakukan […]
YADIM Sabah – ATM terus kerjasama santuni rakyat
TUARAN – Muafakat bawa berkat untuk rakyat. Demikian boleh disimpulkan daripada hasil kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah dan Angkatan Tentera Malaysia di negeri ini. Usahasama terbaharu dua agensi ini setakat ini telah membawa manfaat kepada lima keluarga di negeri ini dengan pembinaan kediaman menerusi Program Teratak Prihatin. Terbaharu mereka menyantuni sebuah keluarga dengan […]
Sumbangan mangsa banjir Beaufort dan Tenom
BEAUFORT – Dengan keadaan banjir di kawasan ini dan Tenom yang belum pulih, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah segera tampil menghulurkan bantuan. Bekerjasama dengan Sabah Land Rover Club, kedua badan ini menyampaikan air mineral dan bantuan makanan di kedua kawasan ini pada 25 Mei. Sebanyak 10 kotak air mineral dan 10 beg mee kuning […]
Sumbangan untuk balu wira negara dalam pencerobohan 2013
KOTA KINABALU – Siapa sangka suami yang sentiasa berada di samping, tiba tiba pergi selamanya. Lebih mengejutkan, nyawa suami direnggut kejam oleh penceroboh negara tanpa belas kasihan. Namun itulah yanag berlaku kepada wira wira negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan Lahad Datu pada 2013. Menyedari nasib balu tragedi berkenaan perlu dibela, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia […]
Sumbangan tunai untuk pesakit jantung dari YADIM Sabah
PAPAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 5 Mei telah menyampaikan sumbangan tunai kepada seorang kanak kanak pesakit jantung di sini. Nur Azeeyan Adawiyah Abd Aziz, 4 tahun dari Kampung Abdus di sini, akan berlepas ke Kuala Lumpur pada 6 Mei bagi menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara. Sumbangan disampaikan Pengarah YADIM Sabah, […]
Sumbangan tunai untuk pesakit jantung dari YADIM Sabah
PAPAR – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah pada 5 Mei telah menyampaikan sumbangan tunai kepada seorang kanak kanak pesakit jantung di sini. Nur Azeeyan Adawiyah Abd Aziz, 4 tahun dari Kampung Abdus di sini, akan berlepas ke Kuala Lumpur pada 6 Mei bagi menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara. Sumbangan disampaikan Pengarah YADIM Sabah, […]
Singgah sahur di Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah
KINARUT – Seawal jam 3 pagi pada 1 Mei, ahli pasukan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Berbasikal Taman Kinarut Jaya telah mengadakan persiapan bagi program singgah sahur. Lokasi program ialah di Rumah Anak Yatim dan Asnaf As Sakinah di sini. Sebanyak 80 bungkus burger disediakan untuk penghuni rumah berkenaan, para petugas serta rakan media […]
Asnaf Kampung Kerukan terima sumbangan YADIM Sabah
KUALA PENYU – Seramai 37 asnaf yang memerlukan di Kampung Kerukan di sini menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 29 April. Sumbangan bakul makanan itu disampaikan oleh Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah, Samin Ongki di Masjid Jamek Kampung Kerukan. Program ini merupakan sebahagian pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM Sabah.