Sumbangan kepada 30 keluarga di Manggatal
YADIM menyantuni 30 keluarga asnaf yang memerlukan di Masjid An-Nur Kampung Rampayan, Manggatal pada 22 Jun. Diadakan sempena program Siaran Langsung Forum Anjung At Taqwa bersama Sabah.FM, sumbangan berkenaan disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus kepada wakil wakil keluarga berkenaan. Terdahulu forum selama sejam itu menampilkan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Sahibul […]
Ketua Menteri sambut baik pembinaan Pusat Komuniti Saudara Kita
CADANGAN Pembinaan Pusat Komuniti Saudara Kita milik YADIM di Tuaran disambut baik Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor. Ujar beliau, sebarang inisiatif pembangunan dan penyebaran dakwah di Sabah sentiasa dialu alukan malah akan dibantu pihaknya. Cadangan pembinaan tersebut antara yang dimaklumkan kepada Datuk Seri Panglima Haji Hajiji […]
Kunjungan hormat YADIM ke Yang Dipertua Negeri Sabah
KOTA KINABALU – Kunjungan hormat ke Yang Dipertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin memulakan siri program sempena lawatan kerja pengurusan tertinggi YADIM ke Sabah bermula 21 Jun. Berterima kasih dan mengalu alukan keberadaan YADIM di Sabah, Tun Juhar berharap agar lebih banyak program dakwah […]
Majlis Ramah Mesra Ejen Dakwah YADIM Sabah bersama Ketua Pegawai Eksekutif
KOTA KINABALU – Wisma Majlis Ugama Islam Sabah menjadi lokasi Majlis Ramah Mesra Ejen Dakwah YADIM Negeri Sabah bersama Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh pada 21 Mei. Menghimpunkan agen agen dakwah YADIM dari seluruh Sabah, terutamanya dari kalangan generasi muda, ia menjadi platform membincangkan pelbagai aspek dakwah termasuklah inisiatif memperkasakannya untuk […]
“Tiada Yang Kita Punya”
KOTA KINABALU – Demikian tajukForum Anjung At-taqwa @ Sabah FM yang bersiaran secara langsung melalui radio SabahFM dan FB SabahFM pada 13 Januari lalu. Ia menampilkan panel Ustaz Mohd Ridzuan Kaplin, Pegawai Tadbir Agama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Sipitang dan Pencetus Ummah Ustaz Azihal Bangsawan. Penolong Pengarah YADIM Sabah,Ustaz Ramlee […]
Program Bersama Chef
Hidangan “Dari Hotel Ke Masjid” sempena Bulan Dakwah YADIM 2.0
KOTA KINABALU – Seramai 30 orang peserta mewakili beberapa agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) negeri Sabah telah menyertai program Bersama ChefHidangan “Dari Hotel Ke Masjid” yang diadakan pada 20 November. Objektif program yang diadakan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu ini ialah mempelbagai kaedah dalam menyampaikan dakwah, meneruskan kerjasama strategik antara agensi dan NGO di […]
YADIM Sabah, rakan strategik santuni seniman jalanan.
KOTA KINABALU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad, Sabah Buskers Community (SBC) dan Pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) telah mengadakan Program Bersama Seniman Jalanan pada 31 Oktober 2021. Seramai 20 orang seniman jalanan menerima bantuan berupa bakul makanan sumbangan daripada Bank Islam Malaysia Berhad yang disampaikan […]
Seniman jalanan Sabah terima sumbangan Bank Islam – YADIM
KOTA KINABALU – Inisiatif menyantuni rakyat di negeri ini diteruskan lagi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah, kali ini dengan bekerjasama bersama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Menerusi kerjasama ini, BIMB dan YADIM Sabah pada 10 September menyampaikan sumbangan kepada 40 seniman jalanan bandaraya ini dan asnaf sekitar Penampang. Kesemuanya terjejas ekoran pandemik Covid-19 […]
Penyampaian bakul makanan pasar Pekan Nabalu
KOTA BELUD – Bertempat di pasar Pekan Nabalu di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah telah mengedarkan sebanyak 96 bakul makanan kepada para peniaga yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 11 Ogos. Pelaksanaan PKP menyebabkan jualan mereka terjejas teruk ekoran kurang pelanggan ke pasar tersebut. Malah ada peniaga memberitahu, jualan ketika ini […]
Teratak Prihatin untuk asnaf Kampung Kindu
TUARAN – Sebuah lagi rumah Teratak Prihatin berjaya disiap dan diserahkan kepada penduduk yang memerlukan di Kampung Kindu di sini pada 13 Julai. Kediaman tersebut yang dibina oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bernilai RM50,000, berjaya disiapkan dalam tempoh kira kira dua bulan. Rumah baharu seluas seluas 30 kaki x 15 kaki disumbangkan oleh kerajaan negeri […]