Dua beradik mualaf kesempitan dibantu YADIM Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM – Kisah tular dua beradik mualaf di Taman Machang Bubok di sini yang hidup dalam kesempitan segera mendapat perhatian Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 4 Februari. Abdul Rahman Lim dan Abdul Rahim Lim terpaksa mengikat perut ekoran kekurangan wang dan kerap kali hanya makan biskut kering atau mee segera. Keduanya […]

80 anak petani, nelayan terima bantuan persekolahan YADIM Pulai Pinang

SEBERANG PERAI SELATAN – Situasi Covid-19 belum ada kesudahannya. Ramai yang terkesan dan menerima kesan terus wabak tersebut, khususnya golongan B40 di negeri ini. Prihatin dengan situasi tersebut, YADIM Pulau Pinang pada 30 Disember telah menyalurkan bantuan kepada seramai 80 keluarga B40 di kawasan ini. Mereka terdiri daripada anak anak keluarga nelayan dan petani yang […]

Nelayan terima sumbangan YADIM Pulau Pinang

SEBERANG PERAI SELATAN – Seramai 80 keluarga nelayan di daerah ini menerima bantuan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 22 November. Mereka yang dibantu ialah penduduk dari Sungai Acheh, Sungai Bakap dan Jawi. Rata rata penerima bantuan ialah mereka yang  terjejas akibat Covid-19 di negeri ini, selain tidak dapat turun ke laut akibat […]

Pulau Pinang sambut baik penganjuran Bulan Dakwah YADIM

PERMATANG PAUH – Penganjuran Bulan Dakwah oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), disambut baik negeri ini. Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Yang Berhormat  Dato’ Ir Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman berkata, selaras dengan usaha dakwah, pihaknya juga telah memperkenalkan konsep Khaira Ummah dalam pentadbiran kerajaan negeri. Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Bulan Dakwah Peringkat […]

Frontliners disantuni YADIM Pulau Pinang

SEBERANG PERAI UTARA – Sebagai menghargai sumbangan yang dilakukan oleh petugas barisan hadapan (frontliners) negara dalam menghadapi musibah Covid-19, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang telah mengambil inisiatif mengadakan program Terima Kasih Wira Negara. Dalam program pada 22 Julai ini, YADIM Pulau Pinang menyampaikan cenderamata kepada Ibu Pejabat Polis (IPD) Seberang Perai Utara, IPD […]

YADIM, GPMS dan Surplus santuni 100 asnaf di Timur Laut

TIMUR LAUT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang turut tidak ketinggalan dalam menyantuni mereka yang menerima kesan akibat penularan Covid-19 di negeri ini. Pada 18 Julai, mereka telah bekerjasama dengan dua badan bukan kerajaan di sini iaitu Gabungan Pelajar Melayu Sememnanjung (GPMS) dan Surplus untuk menyantuni seramai 100 keluarga yang dikenalpasti memerlukan. Golongan […]

100 keluarga di Timur Laut disantuni YADIM

PULAU PINANG – Seramai 100 keluarga di tiga kampung di daerah Timur Laut di sini disantuni dalam Program YADIM Peduli pada 27 Jun. Ia bertujuan meringankan beban mereka yang terkesan dengan musibah Covid-19 menerusi penyampaian barangan keperluan harian. Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang itu turut menyantuni 10 keluarga masyarakat Tionghua yang […]

Ibu bapa maut angkara pemandu mabuk, YADIM santuni anak yatim 5 beradik

BUTTERWORTH – Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Perumpamaan ini tepat menggambarkan nasib lima beradik berusia antara dua hingga 16 tahun di sini yang kehilangan kedua ibu bapa dalam satu kemalangan dengan pemandu mabuk pada Februari lalu. Prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 16 Mei telah hadir […]

Program Rehlah Rahmah Belia Pulau Pinang

TASIK BANDING – “Terima kasih YADIM, sebelum ini memang ada program dengan pihak luar, tapi ini yang paling meriah. “Penduduk pun suka, banyak aktiviti yang boleh sertai, sebelum ini tak pernah ada pengalaman macam ini,” kata Tok Batin Kampung Klewang, Zamri Seputeh di sini. Demikian reaksi beliau berhubung program Rehlah Rahmah Belia Pulau Pinang yang […]