YADIM Peduli bersama AADK Pulau Pinang
TASEK GELUGOR – Tanggungjawab mendekati dan menyantuni golongan yang ingin kembali ke pangkal jalan dan ingin membetulkan kehidupan mereka perlu dipikul semua, lebih lebih lagi agensi dakwah seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Bertepatan dengan itu, YADIM Pulau Pinang mengadakan program YADIM Peduli dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang pada 12 Mac […]
YADIM Peduli Mualaf dan Frontliners di Bertam
BANDAR PUTRA BERTAM – Dengan kerjasama Kelab Amanah Rakan Industri Bersatu (KARIB), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang telah mengadakan program menyantuni mualaf dan Frontliners di sini pada 10 Mac. Bersama mualaf di Surau al-Falah, Seksyen 5, Bandar Putra Bertam, mereka diberi ruang untuk bertukar pandangan sambil berkongsi pengalaman mereka dalam mendepani cabaran sebagai […]
YADIM Peduli di Madrasah Irshad Al Ashraf Al Wataniah
SUNGAI BAKAP – Madrasah Irshad Al Ashraf Al Wataniah (Pondok Sungai Bakap) pada 7 Mac telah menerima kunjungan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang. Ia merupakan antara usaha membantu pondok pondok yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan Covid-19 di negeri ini. Dalam program ini, YADIM menyerahkan peruntukan untuk pengurusan sebanyak RM3,000 kepada […]
Kerusi roda untuk Rocky Din
“Ustaz boleh dak kot kot ada bantuan kerusi roda. Kerusi yang suami Kak Long pakai ni rosak dah. “Suami pun tak kerja time PKP. Hotel tak dak orang,’’ ujar isteri kepada seniman Rocky Din, yang lebih mesra dipanggil Kak Long ketika kunjungan kali pertama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang. “InsyaAllah Kak Long. Tak […]
YADIM Peduli 2021 bagi Parlimen Jelutong
JELUTONG – Telah berlangsung di sini program YADIM Peduli yang bertujuan menyantuni golongan B40 yang terjejas dengan Covid-19 pada 21 Februari. Program dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) dan Sukarelawan YADIM Pulau Pinang ini menyantuni seramai 50 keluarga yang memerlukan. MAPIM dan YADIM menyumbangkan barangan keperluan harian untuk […]
YADIM Peduli Pulai Pinang sempena Tahun Baru Cina
GEORGETOWN – Masyarakat Tionghua di sini yang memerlukan menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 13 Februari. Ia bertujuan membantu menceriakan mereka yang menyambut Tahun Baru Cina. Program ini memberi manfaat kepada 50 keluarga yang masing masing menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas. Pada hari yang sama, YADIM Pulau Pinang juga menyampaikan sumbangan kepada […]
Nasi Beriani untuk frontliners
SEBERANG JAYA – Sebagai menghargai usaha petugas barisan hadapan di kawasan ini menangani penularan Covid-19, Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Pulau Pinang pada 11 Februari telah menyantuni mereka dengan pemberian nasi beriani. Sebanyak 50 bungkusan diserahkan kepada anggota keselamatan yang bertugas di Sekatan Jalan Raya sekitar kawasan ini. Sumbangan diserahkan kepada Ketua Balai Polis Seberang Jaya, […]
“Saya terima apa saja…”
NIBONG TEBAL – Hati ibu mana yang tidak sedih melihat bayi yang baharu dilahirkan berterusan tidak sihat. Mengalami sawan ketika berusia empat bulan, Adam Alif, 10 bulan kini mengalami masalah di bahagian otak serta tidak dapat melihat selain berkemungkinan diserang sawan pada bila bila masa. Ibunya, Iffah Fuzana Jesni hanya bekerja di warung goreng pisang […]
YADIM Peduli Parlimen Bagan.
BAGAN – Sikit tanda ingat, banyak tanda ada. Mungkin tidak akan menyelesaikan semua masalah, namun sedikit sebanyak diharap mampu meringankan beban. Pemberian sumbangan kami tidaklah banyak jumlahnya, namun InsyaAllah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan konsisten menyantuni mereka yang memerlukan. Pada 6 Februari, sebaik selesai menyantuni Orang Kelainan Upaya dan pesakit kronik di kawasan Padang […]
YADIM Peduli OKU di Pulau Pinang
PADANG KOTA – Berbanding golongan normal, Orang Kelainan Upaya (OKU) lebih terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Mereka yang umpamanya bekerja sebagai tukang urut, kini terputus punca pendapatan. Prihatin dengan keadaan itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 6 Februari melaksanakan program YADIM Peduli OKU di sekitar kawasan ini. Seramai 50 OKU dan […]