Musaadah dan Penyerahan Wakaf Al Quran Masjid Mukim Dabong.
DABONG – Bersempena Jelajah ‘I Love Muhammad S.A.W ‘Train To Dabong’, YADIM Melaka bersama persatuan Muafakat Kolej Profesional Mara (KPMBM) telah mengadakan majlis ringkas penyerahan kit Musaadah dan Al Quran Wakaf. Majlis dimulakan dengan kuliah Maghrib disampaikan oleh Pengerusi Sukarelawan YADIM Merlimau, Ustaz Mohd Fauzee Mohamed, yang juga Penolong Pegawai Agama Pusat Islam Universiti Teknikal […]
‘Train To Dabong’ Lestari Gerakan Dakwah
GEMAS – Gerakan dakwah masakini memerlukan pendekatan kreatif dan luar kotak bagi memastikan mesejnya diterima dan sampai kepada masyarakat. Turun kepada masyarakat dan letakkan diri pendakwah pada kedudukan mereka bagi merasai sendiri apakah keperluan dakwah seterusnya, santuni ruang berkenaan. Cakna dengan keadaan itu, YADIM Melaka menganjurkan program YADIM Lestari ‘Train To Dabong’ bersama Rakan Siswa […]
Program Sinar Zulhijah Masyarakat Orang Asli Melaka 2022M / 1443H
ALOR GAJAH – Pada hari terakhir ibadah korban 1443H telah dilaksanakan program untuk meraikan masyarakat Orang Asli di negeri ini oleh YADIM Melaka. Program dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) ini turut melibatkan rakan badan bukan kerajaan seperti Hidayah Centre Foundation, PERKIM dan Gabungan Dakwah Malaysia. Ia dirasmikan oleh […]
Qurban 1443H UTeM, YADIM dan Kempen “I Love Muhammad S.A.W”
AYER KEROH – Program Ibadah Korban kerjasama antara YADIM Melaka dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tahun ini menyaksikan sebanyak sembilan ekor lembu dan enam ekor kambing dikorbankan. Pada tahun ini juga, YADIM Melaka telah menaja pembelian parang sembelihan berkualiti tinggi tempaan pakar dari Kelantan. Seramai 500 orang warga UTeM telah sama-sama hadir untuk membantu […]
Asli Fun Ride 2022 YADIM Melaka, Negeri Sembilan
ALOR GAJAH – Seramai 50 penunggang motosikal dan tiga buah kereta telah menyertai program Asli Fun Ride 2022 yang merupakan kerjasama YADIM Melaka dan YADIM Negeri Sembilan pada 27 Jun. Program yang juga mendapat kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ini memulakan perjalanan dari Pusat […]
Saya ingat tiada baju raya untuk tahun ini…
MELAKA – Aidilfitri tahun ini pasti berbeza buat Umi Nur Faizah Fauzan Ali Halimi dari Malim di sini. Tahun ini wajah anak – anaknya tersenyum lebar dan ceria. Tahun ini dia dan keluarganya menyambutnya dengan pakaian baharu, tidak seperti tahun tahun sebelumnya. Kisah keluarganya yang ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan […]
Yadim salur peruntukan segera RM500,000 untuk mangsa banjir
MELAKA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah menyalurkan peruntukan segera berjumlah RM500,000 dalam pelbagai bentuk bagi membantu meringankan beban mangsa banjir, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh. Beliau berkata, peruntukan berkenaan termasuk wang tunai berjumlah RM20,000 kepada negeri yang terjejas banjir, barangan keperluan dan pembukaan Dapur Rakyat di kawasan terjejas banjir. […]
Sukarelawan Selebriti YADIM terus jadi pilihan
AYER KEROH – Sukarelawan Selebriti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia terus menambah keahliannya daripada kalangan artis dan selebriti tanah air. Pada 23 Disember, tiga artis dan selebriti secara rasmi menjadi anggota pasukan ini yang kini semakin menjadi buah mulut masyarakat. Mereka yang dimaksudkan ialah Azadan Abdul Aziz dari Rabbani, Aiman Sufyan Aezman (Daie Aiman) dan Nor […]
Smart Huffaz 2.0 di Pusat Tahfiz Ibnu Talib
SERKAM – Penghafaz Al Quran, khususnya di kalangan pelajar sekolah sentiasa dekat dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Sesuai dengan itu dan bersempena Bulan Dakwah 2.0 YADIM, Kem Smart Huffaz 2.0 telah dianjurkan oleh Pusat Tahfiz Ibnu Talib, Kampung Pulai di sini dengan kerjasama YADIM Melaka. Pelbagai pengisian disusun antaranya Taddabur Surah Al-Mulk, Pemantapan Fardhu […]
Pengantin Orang Asli disantuni YADIM Melaka
ALOR GAJAH – Bergelar raja sehari sudah pasti mahu diabadikan sebagai kenangan terindah selamanya. Bagi pasangan Mohamad Shahrill Ashraff Basrie dan Nila Jempot dari Kampung Orang Asli Bukit Payung, di sini, busana pakaian hari bersejarah ini bernilai RM500 ditaja oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Melaka. Bukan itu sahaja, YADIM juga telah berbesar hati untuk […]