YADIM Peduli di Pasar Malam Bandar Darul Aman dan Kodiang
JITRA – Nasib golongan yang memerlukan terus dibantu oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah di negeri ini. Terbaharu pada 3 Mac, YADIM Kedah menyantuni seramai 20 orang peniaga pasar malam di Bandar Darul Aman di sini. Mereka menerima barangan keperluan harian untuk meringankan beban akibat terjejas secara langsung dengan Covid-19. Program ini diadakan dengan […]
YADIM Peduli : Musaadah Covid-19 Kampung Sungai Badak
GURUN – Mukim ini yang terletak di Parlimen Jerai terus diberi perhatian oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah. Inisiatif terkini menyantuni masyarakat di sini dilaksanakan pada 21 Februari di Kampung Sungai Badak di sini. Program tersebut dimulakan dengan solat hajat berjemaah, diimamkan sendiri oleh Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Sabri Azit. Ia kemudiannya diteruskan dengan […]
YADIM Peduli Musaadah 2.0 Daerah Baling
BALING – Sebanyak enam pondok pengajian Islam di daerah ini menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 19 Februari. Mereka menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM, kotak sumbangan Pertubuhan Muafakat Pondok SeMalaysia (PMPS), pembasmi kuman, pelitup muka dan majalah Dakwah terbitan YADIM. Selain Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, hadir sama […]
YADIM Peduli Santuni Masyarakat Tionghua dan Mualaf Siri 3
KULIM – Dalam suasana Tahun Baru Cina yang masih terasa, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dengan kerjasama rakan rakan badan bukan kerajaan (NGO) telah menyantuni masyarakat Tionghua dan muallaf di Kampung Tok Rasul, Kampung Simpang Tiga Keladi, Taman Kenari, Taman Aman dan Taman Bidara di sini. Antara rakan rakan NGO yang terlibat dalam program […]
YADIM Peduli Santuni Petugas AKSEM
BUKIT KAYU HITAM – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah hari ini (18 Februari) bersama Majlis Dakwah Negara (MDN) Kedah menyampaikan sumbangan berupa air mineral, topeng pelitup muka, pembasmi kuman dan makanan ringan kepada anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM). Sumbangan ini sebagai penghargaan dan ucapan terima kasih pihak YADIM dan rakan badan bukan kerajaan […]
Musa’adah Covid 19 Kota Kuala Muda
PANTAI MERDEKA – Kota Kuala Muda di sini menjadi saksi kepada tragedi tsunami kira kira 16 tahun lalu. Malah kesannya masih kelihatan hingga kini. Ia pastinya satu pengalaman yang tidak akan dilupakan penduduk kawasan ini. Seperti yang lain, mereka juga terkesan dengan penularan Covid-19 yang masih berleluasa. Ramai penduduk di sini yang memerlukan bantuan akibat […]
Ziarah YADIM Peduli dan Bicara Agama di DUN Pedu
PADANG TERAP – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 12 Februari mengadakan program Ziarah YADIM Peduli dan Bicara Agama di Dewan Undangan Negeri Pedu di sini. Ziarah dilakukan kepada 10 buah rumah yang terdiri dari guru agama, pemimpin masyarakat, mantan imam, mantan bilal serta aktivis masyarakat. Bicara agama pula diadakan di Masjid Kampung,Lubuk Perong, […]
YADIM Peduli: Musaadah 2.0. Ziarah Muallaf
KUBANG PASU – Sempena Tahun Baru Cina yang akan menjelma, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah bersama rakan strategik antaranya Hidayah Centre Foundation Kedah, Majlis Dakwah Negara, Dhu’afa Sejahtera dan Inisiatif Bandar Selamat Jitra menyantuni tiga keluarga muallaf sekitar kawasan ini. Dalam suasana masyarakat Cina di negara ini yang akan menyambut perayaan itu dalam norma […]
Misi Bantuan Pasca Banjir YADIM Kedah ke Pahang
GUAR CHEMPEDAK – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 4 Februari telah menghantar satu konvoi bekalan untuk misi bantuan pasca banjir ke negeri Pahang. Ia diadakan dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan Darul Aman Care, Al Faizin Care dan MADAD Care. Seramai 12 orang sukarelawan yang menaiki 4 buah kenderaan terdiri dari pacuan 4 […]
YADIM Kedah santuni nelayan Tanjung Dawai
MERBOK – Tanjung Dawai di Kedah merupakan sebuah kawasan yang majoriti penduduknya adalah nelayan. Sebahagian daripada mereka ini merupakan golongan B40. Peka dengan situasi tersebut, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah mengadakan program menyantuni masyarakat yang memerlukan di kawasan tersebut. Sebanyak 50 kit bantuan yang mengandungai barangan keperluan asas telah diserahkan kepada Ketua Unit […]