180 Jalur Gemilang Diedarkan Di Pasar Awam Tikam Batu.

TIKAM BATU – SEKITAR acara mengedarkan sebanyak 180 bendera  Jalur Gemilang kepada kepada peniaga gerai dan orang ramai di Pasar Awam Tikam Batu di sini. Program pada 29 Ogos ini bertujuan memeriahkan lagi sambutan bulan kemerdekaan ketika ini. Pengerusi Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Sungai Petani, Basor Harun dan Pengerusi Belia 4B Sungai Petani, […]

YADIM Kedah terus santuni mangsa banjir Yan

YAN – Bantuan berterusan disumbangkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah kepada mangsa fenomena kepala air di sini baru baru ini. Pada 28 Ogos, dengan kerjasama rakan rakan badan bukan kerajaan seperti Persatuan Alumni Pendakwah Media (PENDAMAI) KM CARE, Iman Care, Persatuan Institusi Tahfiz al Quran Negeri Selangor (PITAS) dan Ausss Riders 410,  mereka […]

400 pek makanan, pakaian untuk penduduk Titi Hayun

YAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah meneruskan misi bantuan kepada penduduk yang terjejas dalam tragedi kepala air di daerah ini pada 23 Ogos. Dalam program secara kerjasama dengan Briged Bakti Malaysia dan Prelove Donation Centre selaku penaja, sebanyak 400  pek makanan dan air minuman diserahkan kepada penduduk Kampung Seberang Pekan, Taman Guru dan […]

Banjir di YAN: YADIM Kedah segera sampai bantuan awal

YAN- Hujan lebat yang berterusan mengakibatkan Kampung Titi Teras di sini dilanda banjir yang buruk. Malah dilaporkan seorang lelaki berusia 60 tahun telah menjadi korban bencana ini. Prihatin dengan nasib mangsa banjir di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah bertindak pantas menyampaikan bantuan awal kepada 25 keluarga di sini pada 18 Ogos. Sebaik hujan […]

Maahad Tahfiz Muhammad, penduduk Kampung Badang disantuni YADIM Kedah

KULIM – Maahad Tahfiz Muhammad di sini pada 16 Ogos menerima sumbangan kit barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah. Ia bertujuan meringankan beban ditanggung maahad tersebut yang terkesan secara langsung dengan penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Sebanyak enam kit makanan disampaikan penyelaras program YADIM, Ustaz Azmi Mohamad kepada Mudir […]

Lima bulan tiada pekerjaan, kini bakal timang cahaya mata, sewa rumah juga tertunggak…

SIK – Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan, seorang tukang rumah di Kampung Cahrok Sejuk di sini telah lima bulan tidak memiliki sebarang pendapatan. Lebih merunsingkannya, dia bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Mohd Helmi Abdullah di sini benar benar terdesak ketika ini, malah bayaran rumah sewanya sudah lima bulan tidak dapat dilunaskan. “Maaf Encik, abang […]

“Pernah terputus bekalan, ada ustaz minta hubungi YADIM”

LATA CELAK – Perjalanan ke rumah pemohon kali ini agak mencabar. Jalan berlumpur, licin dan berbatu ditempuhi sebelum kami akhirnya sampai ke rumah yang dihajati. Ishak Saad atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Paktam Sahak, 54 tahun, merupakan seorang bapa kepada tujuh orang anak. Isterinya, Namisah Haya diuji dengan sakit tulang belakang. Rawatan terapi terpaksa […]

Dua pondok di Kuala Ketil disantuni YADIM Kedah

KUALA KETIL – Bersempena dengan sambutan Awal Muharam pada 10 Ogos, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada dua institusi pondok di sini. Maahad Taffaquh Fiddin dan Pondok Nurul Ehsan telah menerima sumbangan makanan kering seperti beras, tepung, gula, sos, kicap dan kordial bagi membantu mereka yang juga terjejas akibat […]

“Bulan lepas tak diberi gaji, bulan ini pula diberi cuti.”

AMANJAYA – Pandemik Covid-19 yang melanda negara telah memberi kesan kepada semua. Bukan sahaja dipotong gaji dan dikurangkan elaun, malah ramai yang kehilangan sumber pendapatan untuk meneruskan hidup. Mohd Zamri Hussain, 37, dari sini merupakan bapa kepada dua orang puteri comel. Beliau adalah pekerja kilang di kawasan perusahaan Sungai Petani, yang terjejas secara langsung akibat […]

Penduduk Flat Jenaris terima sumbangan YADIM Kedah

TIKAM BATU – Flat Jenaris di sini merupakan lokasi terbaharu program menyantuni rakyat oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah. Seramai 30 keluarga disantuni menerusi pemberian barangan keperluan harian untuk meringankan beban ditanggung oleh mereka. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu mereka yang terputus bekalan makanan di flat berkenaan. Kebanyakan penerima bantuan terdiri daripada pesakit kronik, […]