Di situlah mereka makan, di situlah mereka tidur.

KUALA KEDAH – Tiada siapa yang mahu berdepan kesukaran dalam hidup, namun cabaran hidup suka atau tidak tetap perlu dihadapi. Bagi Shuhada Shuib dari Kampung Tepi Laut di sini, diuji apabila ditakdirkan menjadi Orang Kelainan Upaya (OKU). Anak yang dilahirkannya juga merupakan seorang OKU. Meskipun begitu dia tetap tabah meneruskan hidup bersama suaminya, seorang nelayan. […]

YADIM Bersamamu santuni penghuni Penjara Pokok Sena

POKOK SENA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah terus bergerak mengadakan pengisian Bulan Dakwah 2.0. Program terbaharu mereka dilaksanakan di Penjara Pokok Sena di sini apabila sebanyak 100 kit Musa’adah disampaikan untuk penghuni pusat tersebut termasuk banduan reman Covid-19. Sumbangan disampaikan Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria kepada Pengarah Penjara Pokok Sena, Razif […]

Tahsin ibadah pengurusan jenazah
di Surau An Nur

PENDANG – Program Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di daerah ini pada 23 Oktober diteruskan pula di Surau An Nur di Kampung Baloh di sini. Seramai 50 peserta menyertai Program Bulan Dakwah 2.0, YADIM Interaktif –  Tahsin Ibadah (Pengurusan Jenazah). Ceramah disampaikan oleh Ustaz Haji Azmi Mohammad, pegawai YADIM Kedah. Peserta diajar pelbagai aspek berkaitan […]

Penyampaian sumbangan sempena bulan Dakwah 2.0

PENDANG – Program Bulan Dakwah 2.0 bagi peringkat negeri Kedah yang telah dilancarkan pada 19 Oktober lalu terus segera diisi pelaksanaannya. Kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah ke daerah ini pada 23 Oktober bagimisi penyampaian barangan keperluan harian secara terus ke kediaman asnaf yang memerlukan. Dengan cara ini, mereka dapat melihat sendiri apakah keperluan […]

100 pemandu lori Pendang disantuni

PENDANG – Pemandu lori, seperti golongan lain, turut terkesan dengan Covid-19 yang masih belum benar benar pulih di negara ini. Justeru, bagi menyantuni golongan ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 22 Oktober telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian kepada seramai 100 para pemandu ini. Ia disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, […]

Pelancaran Bulan Dakwah 2.0 YADIM Peringkat Negeri Kedah

POKOK SENA – Program Pelancaran Bulan Dakwah 2.0 YADIM Peringkat Negeri Kedah telah diadakan pada 19 Oktober di perkarangan Masjid Nurul Ehsan, di sini. Ia dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi, Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kedah, Yang Berhormat Haji Wan Romani Wan Salin. Turut diadakan ialah Forum Penerangan sempena sambutan Maulidur […]

40 keluarga terima manfaat program YADIM Peduli

JITRA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah meneruskan lagi usaha membantu golongan memerlukan menerusi program YADIM Peduli – Musaadah Covid 19 di beberapa lokasi di sini. Seramai 40 keluarga miskin, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya dan lain lain lagi disantuni dalam program pada 19 Oktober ini. Mereka disantuni tanpa mengira latar bekakang, sesuai dengan […]

“Street Dakwah Keluarga Malaysia Kedah” Sempena Maulidurrasul

“Street Dakwah Keluarga Malaysia Kedah” Sempena Maulidurrasul PADANG SERAI – Selain menyebarkan dakwah di masjid, surau dan lokasi biasa seperti di dewan dan pejabat, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah turut menitik beratkan aktiviti turun padang melaksanakan gera kerja dakwah. Antara contoh yang dilaksanakan ialah program street dakwah yang dilaksanakan di sini pada 19 Oktober […]

Bulan Dakwah 2.0:  Musa’adah Covid-19 sekitar Sungai Petani

SUNGAI PETANI – Sempena Bulan Dakwah 2.0, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menyantuni komuniti beberapa kampung di sekitar daerah ini. Menerusi program YADIM Peduli – Musa’adah Covid-19, 30 keluarga yang memerlukan di Kampung Permatang Tengah, Kampung Sungai Meriam, Kampung Sungai Meriam dan Taman Sidam menerima sumbangan barangan keperluan harian pada 16 Oktober. Dalam […]

Bulan Dakwah 2.0 YADIM Kedah : 20 pelajar kurang berkemampuan disantuni

KUBANG PASU – Seramai 20 pelajar yang kurang berkemampuan di daerah ini menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 16 Oktober. Sumbangan berupa pek makanan  diberikan kepada pelajar dikenalpasti memerlukan di sebuah sekolah rendah dan dua sekolah menengah. Sebanyak tujuh pek disampaikan kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jitra 2, Abdul Rashid Mohd. […]