Ibu bapa perlu semak pusat tahfiz
KUALA LUMPUR – Golongan ibu bapa perlu membuat semakan terlebih dahulu sebelum memilih sesebuah sekolah tahfiz untuk anak mereka. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, selain pihak berkuasa, peranan masyarakat sekeliling turut dapat membantu memantau insiden yang tidak diingini berlaku di pusat tersebut. Beliau menegaskan dengan cara demikian insiden penderaan […]
Islam adalah agama toleransi – TPM
PUTRAJAYA – Islam adalah agama perdamaian dan toleransi seperti mana dijelaskan Allah di dalam al-Quran di samping dibuktikan Rasulullah melalui sejarah serta perjuangan baginda. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, malah perkara awal dilakukan Rasulullah sebaik di Madinah ialah mengadakan perjanjian dengan kaum Yahudi. Katanya, antara intipati perjanjian tersebut ialah […]
Kerajaan cadang bina pusat aktiviti warga emas di setiap Parlimen
SERDANG – Kerajaan bercadang membina sebuah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di setiap kawasan Parlimen di seluruh negara untuk menggalakkan penuaan aktif dalam kalangan masyarakat Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, sebanyak 88 buah PAWE telah ditubuhkan buat masa […]
Umat Islam diseru bersatu padu
Allahhuakbar Allahhuakbar Allahhuakbar Walillahhilhamd Syukur ke hadrat Allah SWT diatas limpah rahmatnya yang tidak terhitung, kita dikurniakan kesempatan untuk meraikan satu lagi hari besar umat islam iaitu Hari Raya Eid’ul Adha 1440H. Menginsafi makna pengorbanan dalam menjalankan perintah Allah seperti kisah Nabi Ibrahim AS menyembelih putera kesayangannya Nabi Ismail AS. Namun di atas berkat kesabarannya […]
Khat, tulisan jawi adalah seni, bukan agama
PUTRAJAYA – Khat dan tulisan Jawi adalah seni yang tidak mempunyai kaitan dengan aspek keagamaan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun mengambil maklum keresahan sesetengah pihak terutama masyarakat Tionghua berhubung keputusan kerajaan memperkenalkan seni khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat menjelang tahun depan. “Memang […]
Wan Azizah ucap takziah atas kepergian khatib Ustaz Ku Yaacob
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ustaz Ku Yaacob Ku Hashim yang meninggal dunia ketika sedang menyampaikan khutbah Solat Jumaat di Masjid Al-Bukhary di Alor Setar, semalam. “Kematian yang cukup menginsafkan. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Ustaz Ku Yaacob Ku Hashim. “Semoga dikurniakan syurga bersama para […]
Kembali kepada fitrah suci selepas berjaya tempuhi Ramadan
PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta umat Islam kembali kepada fitrah suci selepas berjaya menempuhi Ramadan dalam mengukuhkan ketakwaan kepada Allah SWT. Timbalan Perdana Menteri berkata, fitrah suci juga sentiasa menginginkan kehidupan bersama yang harmoni seiring nilai sosial dan kemanusiaan yang tinggi mesti diterjemahkan sebaik-baiknya dalam sambutan Aidilfitri kali ini. “Umat […]
TPM tiba di Arab Saudi untuk Sidang Kemuncak OIC
MAKKAH – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di sini untuk menyertai Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Sesi Ke-14 yang bermula 31 Mei (Jumaat). Pesawat membawa Timbalan Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah pada jam 3.45 petang (waktu tempatan). Dr Wan Azizah yang mengetuai delegasi Malaysia ke […]
Wan Azizah seru jadikan Ramadan medan latihan hormati kaum dan agama
KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Malaysia agar menjadikan Ramadan sebagai satu medan latihan untuk hormat menghormati di antara kaum dan agama. Beliau berkata, ia termasuklah melatih diri untuk bersabar dan tidak mudah ‘melatah’ apabila berdepan dengan provokasi khususnya di alam siber yang boleh menyebabkan ketegangan […]
Henti sebar berita palsu mengenai Tabung Haji
KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meminta semua pihak menghentikan penyebaran berita palsu kononnya Tabung Haji (TH) diletakkan di bawah Kementerian Kewangan. Katanya, perkara itu tidak berlaku, malah TH masih kekal di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Jelas beliau, TH telah dilemparkan dakwaan dan tuduhan bahawa bidang kuasa […]