JAIS cadang wajib kursus pasca perkahwinan
SHAH ALAM – Kursus pasca perkahwinan akan diwajibkan kepada pasangan suami isteri beragama Islam di negeri ini dalam usaha mengukuhkan institusi kekeluargaan. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Nik Suhaila Nik Hussin berkata, cadangan berkaitan sedang diperhalusi sebelum dibawa ke peringkat lebih tinggi selain selaras seruan Jabatan Kemajuan Islam […]
Anak tertukar, wajib tukar binti bapa kandung
KUALA LUMPUR – Kesilapan tertukar bayi dengan keluarga lain sehingga seseorang individu dibin atau dibintikan kepada bapa angkat, dari segi hukum agama wajib ditukar kepada bin atau binti bapa kandung supaya tidak menimbulkan isu berbangkit, terutama berkaitan pembahagian pusaka. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata ini kerana anak sebenar itu mempunyai hak untuk […]
Johor kaji undang-undang wajibkan anak sekolah agama
KULAI – Kerajaan Johor sedang meneliti undang-undang untuk mewajibkan ibu bapa yang beragama Islam menghantar anak mereka ke Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) pada masa akan datang. Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, SAKJ yang merupakan institusi pendidikan Islam penting di negeri ini akan memainkan peranan besar dan sama taraf sebagaimana sekolah […]
JAKIM bincang dengan KKM, KPM kajian wajibkan suntikan vaksin
MELAKA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan perbincangan dengan dua kementerian berhubung kajian terhadap kemungkinan mewajibkan hanya kanak-kanak yang sudah menerima suntikan vaksin imunisasi dibenarkan memasuki sesi persekolahan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata JAKIM akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) untuk meneliti cadangan itu bersama Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum sebarang […]
Tiada suntikan vaksin, tidak boleh ke sekolah
KUALA LUMPUR – Tiada suntikan vaksin, tiada sesi persekolahan bagi anak-anak yang ibu bapa mereka enggan membenarkan pengambilan suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian baru-baru ini, demikian saranan penggiat industri kesihatan. Saranan itu adalah antara gesaan mereka berikutan rancangan Kementerian Kesihatan untuk membentangkan cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan. Presiden Persatuan Doktor Islam […]
Solat bukan part time
CELIK mata waktu pagi terlihat khidmat pesanan ringkas atau WhatsApp dalam telefon, “PM mahu jumpa pukul 10 pagi hari ini”. Pasti kita yang hanya orang biasa – bukan ketua bahagian atau ketua cawangan, berada dalam keadaan tidak keruan. Serba-serbi tidak kena, takut, baju apa nak pakai, topik apa yang nak dibincangkan dan sebagainya. Itu baharu […]