Agong hargai UAE sumbang sejuta dos vaksin
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di atas sumbangan satu juta dos vaksin COVID-19 Sinopharm kepada Malaysia.Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohamed bin Zayed Al-Nahyan atas sumbangan itu.Sebanyak 500,000 dos sumbangan […]
Malaysia bakal keluar vaksin influenza halal
KUALA LUMPUR – Menjelang 2024, Malaysia bakal mengeluarkan vaksin influenza untuk manusia berstatus halal menerusi kilang Malaysian Vaccines and Pharmaseutical (MVP) Sdn Bhd, bukan sahaja bagi pasaran tempatan, malah beberapa negara asing. Pengarah Eksekutif MVP, Rashidah Ibrahim berkata, vaksin itu akan tersedia dan diunjurkan pada tiga tahun pertama, sebanyak 10 juta dos vaksin kuantiti maksimum […]
Boleh rentas negeri mulai esok
PUTRAJAYA – Rentas negeri akhirnya dibenarkan berkuat kuasa pada 11 Oktober selepas hampir sembilan bulan kerajaan melarang aktiviti tersebut susulan penularan pandemik COVID-19. Berita gembira itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas di Bangunan Perdana Putra, termasuk kebenaran untuk pulang ke kampung halaman. Menurut Perdana Menteri, kebenaran itu […]
Wajibkan penjawat awam ambil vaksin sah ikut syarak
KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan mewajibkan penjawat awam mengambil vaksin Covid-19 berdasarkan pertimbangan tertentu, adalah sah dari sudut pandangan syariah dan perlu dipatuhi serta tidak boleh dianggap menyekat kebebasan individu di negara ini, kata seorang pakar syariah. Ketua Penolong Mufti (Penyelidikan), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Syed Shahridzan Syed Mohamed berkata, berdasarkan Siasah Syar’iyah, […]
Kelantan benar akad nikah di premis persendirian, masjid
KOTA BHARU – Majlis akad nikah di Kelantan dibenarkan berlangsung di premis persendirian atau masjid secara bersemuka tanpa sentuhan yang berkuat kuasa serta merta. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh, berkata majlis yang diadakan itu tidak melebihi 30 minit dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Katanya, […]
Imam, bilal tolak vaksin diberi kaunseling
KOTA BHARU – Golongan imam dan bilal yang menolak vaksin Covid-19 akan diberi kaunseling untuk menyedarkan mereka kepentingan menerima suntikan tersebut bagi mengekang jangkitan Covid-19. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, ketika kadar jangkitan pandemik itu masih tinggi di negara ini, terdapat dalam kalangan imam dan […]
Vaksinasi lengkap: Boleh solat di surau, masjid
Kuala Lumpur: Kebenaran menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau akan diberikan kepada individu yang sudah menerima vaksinasi Covid-19 lengkap berkuatkuasa Selasa ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemudahan itu terpakai ke atas semua fasa dalam Pelan Pemulihan Negara. Beliau berkata, jemaah yang hadir untuk menunaikan solat bagaimanapun mesti menunjukkan kepada petugas masjid […]
Arab Saudi iktiraf kadar vaksinasi pantas Malaysia
PUTRAJAYA – Kadar vaksinasi negara yang antara terpantas di dunia mendapat penghormatan dan pengiktirafan kerajaan Arab Saudi. Perkara itu dikongsi Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Mahmoud Hussien Saeed Qattan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kunjungannya di sini, semalam. Zulkifli berkata, perkara itu […]
Sultan Selangor titah percepat vaksinasi kepada imam, bilal, siak
SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 29 Julai bertitah menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor supaya mempercepatkan proses vaksinasi COVID-19 kepada para imam, bilal dan siak di masjid serta surau, dan jurunikah di seluruh Selangor. Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office, […]
Hubungan akrab Arab Saudi-Malaysia, percepat peluang tunai umrah
KUALA LUMPUR – Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) yakin hubungan baik di antara Malaysia dan Arab Saudi akan membantu mempercepatkan usaha pembukaan sempadan negara bagi membolehkan rakyat negara ini mengerjakan ibadah umrah dalam masa terdekat. Presiden PAPUH, Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata ini kerana sumbangan satu juta dos vaksin COVID-19 dan […]