YADIM terima 12 ALPA baharu
PUTRAJAYA – Seramai 12 individu profesional berkelayakan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) baharu YADIM bagi memacu dan memperkasa inisiatif melestari gerakan dakwah badan ini. Lantikan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini adalah berkuatkuasa pada 3 Mei 2023 untuk selama dua tahun. Dua belas orang lantikan ALPA berkenaan ialah […]
Komuniti Sejahtera Darul Iman Di Hatiku (K.O.S.D.I)@Marang
BUKIT PAYONG – Komuniti Sejahtera Darul Iman Di Hatiku (KOSDI) merupakan satu agenda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu bagi memperkasa pembangunan ummah dan wanita di negeri ini. Ia selaras dengan hasrat kerajaan negeri Terengganu bagi mewujudkan sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera. Selain mensasarkan golongan muda, golongan wanita terutamanya kaum ibu turut diberi […]
YADIM hantar surat bantahan gesa batal ABPBH
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 12 November telah menghantar surat menggesa penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dibatalkan. Mewakili YADIM ialah Pengarah Kanan di Pejabat Yang Dipertua YADIM, Mohd Zai Mustafa. Turut sama ialah Penolong Setiausaha Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Saifullah Baiduri dan Setiausaha Ummah Melaka merangkap Pegawai Khas Pengerusi Ummah […]
Bantahan terhadap penghinaan kepada Rasulullah anjuran YADIM dapat sokongan luar biasa
KUALA LUMPUR – Bantahan secara dalam talian terhadap penghinaan kepada Rasulullah SAW anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mendapat sokongan luar biasa daripada netizen. Program pada 1 November itu dibuat susulan isu menghina Nabi Muhammad SAW di Perancis dan kenyataan Presiden negara itu yang menghina Islam. Ia merupakan program Kerjasama YADIM dengan badan pertubuhan bukan […]
Multaqa Permuafakatan Ummah Peringkat Daerah Yan
JERAI – Pejabat Agama Daerah Yan, dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Jerai dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 9 Oktober telah bekerjasama menganjurkan Multaqa Permuafakatan Ummah Peringkat Daerah Yan. Dengan objektif memberi pendedahan terhadap program baru yang boleh dilaksanakan untuk memberi impak kepada usaha dakwah, program sehari ini telah diadakan di […]
Ziarah Rahmah Menyatu Ummah
INANAM – Bertempat di Kampung Dambai di sini, satu majlis ziarah rahmah telah diadakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 29 November dengan tujuan beramah mesra dengan komuniti di kawasan tersebut dan menyebarkan rahmah. Delegasi YADIM diketuai oleh Timbalan Yang Dipertuanya, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin serta Penolong Pengarah YADIM Sabah, Ramlee Daud, kakitangan YADIM […]
Negara Islam dibangunkan melalui sifat ummah bukan penjenamaan nama
PUTRAJAYA _ Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah negara Islam dibangunkan oleh ummahnya melalui sifat dan tingkah laku dan bukan menerusi penjenamaan nama negara. Titah baginda, negara dan organisasi tidak dapat mendakwa diri masing-masing sebagai Islam jika warga dan ahlinya tidak mengamalkan sifat-sifat seorang Muslim yang sejati. “Setiap organisasi Islam dan setiap seorang […]
Sultan Kedah sokong konsep Negara Rahmah
ALOR SETAR – Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah baginda menyokong usaha kerajaan untuk memperkenalkan konsep Negara Rahmah khususnya melalui pendekatan Rahmatan Lil ‘Alamin dan Maqasid Syariah berteraskan ajaran Islam sebenar sejajar tema Maal Hijrah, Negara Rahmah Ummah Sejahtera tahun ini. Sultan Sallehuddin bertitah bahawa Negara Rahmah harus meliputi agenda reformasi […]
Pemimpin tidak amanah sebabkan ummah sengsara
PUTRAJAYA – Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah pemimpin yang tidak amanah dan tidak berintegriti akan mengakibatkan ummah berada dalam sengsara. Titah Sultan Nazrin, kemiskinan ummah akan menjadi lebih buruk apabila pemimpin lebih mengutamakan agenda membina kekayaan material dengan mengambil dan menidakkan hak ummah secara tidak adil serta melalui kaedah yang meragukan. […]
Isu ICERD: Ummah jumpa Mujahid Rabu ini
SHAH ALAM – Gerakan Pembela Ummah (Ummah) dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa Rabu ini bagi membincangkan isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Pengerusinya, Aminuddin Yahya berkata, pihaknya menerima jemputan itu hari ini untuk mengadakan perbincangan yang dijadualkan berlangsung jam 8.00 […]