RCE Greater Gombak UIAM terima 8 anugerah pendidikan lestari
PUTRAJAYA – Pusat Kepakaran Serantau Pendidikan untuk Pembangunan Lestari, RCE Greater Gombak di bawah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) memenangi lapan Anugerah Projek Inovatif Pendidikan dalam Pembangunan Lestari 2020. Menurut kenyataan UIAM, pengiktirafan anugerah berkenaan oleh Pusat Perkhidmatan RCE Global itu sebagai mengangkat projek dan program pembangunan lestari yang menjadi penghubung antara masyarakat tempatan melibatkan pembelajaran […]
INHART UIAM terima anugerah penyelidikan halal
KUALA LUMPUR – Institut Antarabangsa Penyelidikan dan Latihan Halal (INHART) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menerima Anugerah Kecemerlangan Pembangunan dan Penyelidikan Halal 2020. Anugerah itu diadakan dalam majlis World Halal Night & Halal Excellence Award 2020 yang berlangsung di Ibu Negara baru-baru ini. Majlis anugerah tersebut dianjurkan oleh Halal Development Corporation (HDC) bagi mengiktiraf penggiat-penggiat […]
UIAM tersenarai finalis dua anugerah lestari antarabangsa
KUALA LUMPUR – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mencatat sejarah menjadi universiti pertama di negara ini yang tersenarai sebagai finalis untuk dua penganugerahan lestari antarabangsa. Dua anugerah berkenaan ialah Anugerah Green Gown Antarabangsa dalam kategori Institusi Lestari Terbaik Dunia dan Anugerah Memanfaatkan Masyarakat menerusi program LIGHT (Leadership, Intuititive, Giving, Humility, Tenacity) anjuran Kulliyyah Senibina dan Reka Bentuk Alam Sekitar. […]
281 pelajar, 110 keluarga terima manfaat sumbangan RM35,000 Musa’adah Covid-19 YADIM
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 30 Mac melaksanakan sebanyak lima program utama sumbangan untuk mereka yang terjejas dengan musibah Covid-19 yang melanda negara ketika ini. Lima program sumbangan tersebut, yang menelan belanja hampir RM35,000 telah memberi manfaat kepada 110 buah keluarga serta 281 pelajar yang kesemuanya menerima kesan langsung wabak berkenaan dan Perintah […]
ISTAC dipelawa lawat Xinjiang
KUALA LUMPUR – Kerajaan China berhasrat mempelawa Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengadakan lawatan lapangan ke Beijing dan Xinjiang pada April atau Mei ini untuk mendapatkan perkembangan di wilayah itu secara langsung serta sahih, kata Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian. Ini kerana katanya, hubungan Malaysia-China berkembang pesat […]
Tunai haji guna wang hafal al-Quran
KUANTAN – Seorang pensyarah menggunakan elaun diterima sebagai penghafal al-Quran sejak 10 tahun lalu bagi menunaikan ibadat haji. Muhammad Alif Zainuddin, 29, yang menghafal 30 juzuk al-Quran, menerima RM3,600 setahun daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang disimpan di Tabung Haji (TH). Beliau yang bertugas di Jabatan Ilmu Wahyu Islam, Pusat […]
UIA tidak perlu ikut model Oxford, kata ahli akademik
PETALING JAYA – Seorang profesor sosiologi menggesa bakal presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) supaya menilai semula idea mahu menjadikan universiti itu sebuah Oxford bagi negara umat Islam. Syed Farid Alatas, warga Malaysia yang kini berkhidmat di Universiti Nasional Singapura berkata, beliau percaya institusi tempatan perlu mengetepikan idea mahu mencontohi institusi yang diiktiraf di peringkat […]
Saya sudah letak jawatan Presiden UIAM
SIMPANG RENGGAM – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengesahkan beliau sudah meletak jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sejak menandatangani surat peletakan jawatannya. Bagaimanapun Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, tidak menyatakan tarikh khusus bila beliau meletak jawatan termasuk menghantar surat peletakan jawatannya ketika ditanya media. “Ya, saya sudah letak jawatan bila […]