Hiburan mencemarkan fitrah agama tidak boleh dibiarkan
KUALA LUMPUR – Sejak semalam tular video drama tempatan yang dipercayai akan ditayangkan pada bulan Ramadan dan mengandungi adegan maksiat yang tidak disenangi ramai pihak. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata beliau bukan mahu menghalang industri hiburan di Malaysia, namun jika ianya mencemarkan fitrah dalam agama perkara itu […]
Ibu tunggal mangsa Covid-19 dibantu YADIM Johor
LARKIN– Dengan wabak Covid-19 yang masih tersebar, semakin ramai individu yang menerima kesan akibat penyakit berkenaan. Ramai yang kehilangan pekerjaan akibat serangan wabak itu yang juga mengakibatkan sektor ekonomi merudum. Prihatin dengan situasi berkenaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) melancarkan program membantu mereka mereka yang terkesan itu. Terbaharu pada 14 Disember, YADIM Johor membantu salah […]
Isu label tidak halal pada produk kacang tular kembali
PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan isu label tidak halal pada produk kacang keluaran Syarikat Ngan Yin Food Industries Sdn. Bhd. dan Pagoda Foods (Malaysia) Sdn. Bhd. baru-baru ini adalah tular berulang. Bahagian Hab Halal, Jakim menerusi kenyataan akhbar berkata, pihaknya mendapati isu itu mula tular minggu ini sekali gus mengundang keresahan dan […]
Klip video aktivis PPIM dikitar semula
SHAH ALAM 28 Jan. – “Klip video di media sosial memaparkan seorang aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa polis diarah oleh pihak tertentu untuk menangkap beliau, disebar semula untuk membangkitkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” kata Polis Selangor. Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata klip video itu dikitar semula yang mana sebelum ini ia […]