Kajian semula pakaian pramugari langkah tepat – YADIM
PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengalu-alukan inisiatif syarikat penerbangan Malaysia, Malaysia Airlines melaksanakan tinjauan bagi mendapatkan pandangan orang ramai untuk membolehkan kakitangan wanita memilih untuk berhijab ketika bertugas dalam penerbangan domestik dan antarabangsa. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, pihaknya mengucapkan tahniah kepada Malaysia Airlines atas inisiatif berkenaan. Menurutnya, selain […]
Jururawat Muslim Singapura ‘bersyukur’ dapat pakai tudung
SINGAPURA – Jururawat Muslim mengalu-alukan berita bahawa para jururawat dalam sektor jagaan kesihatan awam akan dibenarkan memakai tudung bersama pakaian seragam, jika mereka mahu, mulai November. Berita Mediacorp melaporkan, pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dalam Rapat Umum Hari Kebangsaan, Ahad lalu. “Saya amat bersyukur, sungguh gembira apabila saya mendengar […]
TAHNIAH MIA SARA. MASYARAKAT PERLU LEBIH RAMAI ARTIS SEPERTI ANDA!
PUTRAJAYA – Kecekalan Mia Sara yang memilih untuk kekal bertudung meskipun diminta membukanya adalah satu sifat terpuji yang wajar dicontohi. Sifat seperti ini melambangkan kesungguhan beliau mempertahankan agamanya meskipun cuba diganggu gugat oleh cabaran industri. Mia Sara boleh memilih untuk membuka auratnya walaupun sedikit, atas alasan keperluan kerja yang mungkin juga akan memberinya jalan untuk […]
Tudung pakai buang bebas kuman pertama ciptaan Doktor Malaysia
DERBY – Kebersihan merupakan aspek utama semasa pembedahan kerana kuman boleh menjangkiti pesakit lalu menyebabkan kesan buruk. Seorang wanita Malaysia, yang juga seorang doktor, mencipta tudung pakai buang bebas kuman pertama di United Kingdom, untuk kegunaan pengamal perubatan. Farah Roslan berkata idea penciptaan tudung berkenaan mula timbul ketika melakukan latihan di Royal Derby Hospital, kata […]
Pemain takraw wajib tutup aurat
CYBERJAYA – Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) akan mewajibkan semua pemain lelaki dan wanita memakai pakaian menutup aurat ketika beraksi dalam semua kejohanan mulai April depan. Presidennya, Datuk Seri Ahmad Ismail berkata, pihaknya sentiasa menggalakkan semua pemain mengenakan pakaian menutup aurat seperti memakai ‘tight’ (lelaki) dan tudung (wanita) ketika menyertai mana-mana kejohanan sebelum ini. Justeru, Ahmad […]
13 hotel larang pekerja bertudung
KUALA LUMPUR 28 jan. – Kementerian Sumber Manusia mendapati 13 daripada 88 hotel di Semenanjung Malaysia menetapkan dasar ‘standard grooming’ yang melarang pekerja wanita bertudung. Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan antara Disember 2017 sehingga 26 Januari lalu, larangan itu membabitkan bahagian tertentu, khususnya di bahagian makanan dan minuman (F&B) serta bahagian hadapan. Menteri Sumber Manusia, Datuk […]