Hafizah al-Quran cemerlang ACCA, raih tempat kedua di dunia
BESUT: Seorang hafizah al-Quran meraih pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dengan meraih tempat kedua peringkat dunia. Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Safwa Zamri, 19, menerima Top ACCA Foundation in Accountancy (FIA) Prize bagi kertas ‘FA1-Rekod Transaksi Kewangan’ dengan mendapat keputusan cemerlang markah 98 peratus sekali gus berada pada kedudukan pertama di […]
Misi Bantuan Banjir Pelbagai Inisiatif Digerakkan, YADIM Sasar Sumbangan RM500,000
PUTRAJAYA – Sebagai peneraju gerakan dakwah di negara ini, YADIM mensasarkan untuk mendapatkan RM500,000 bagi disalurkan kepada mangsa banjir seluruh negara. Sejumlah RM250,000 telah diperolehi pada masa ini hasil sumbangan individu, korporat, institusi berkaitan dan peruntukan dalaman. Peruntukan ini akan digunakan bagi menyalurkan bantuan dalam pelbagai inisiatif seperti bekalan keperluan harian, lampin pakai buang, tuala […]
YADIM tandatangani kerjasama dakwah dan kepimpinan mahasiswa
KUALA TERENGGANU – Selaras dengan usaha melestari gerakan dakwah khususnya di kalangan anak muda, YADIM pada 11 Mac telah menandatangani kolaborasi strategik dalam bidang dakwah dan kepimpinan mahasiswa dengan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Perjanjian kerjasama ini akan membolehkan badan dakwah ini memperkasa aktiviti pendidikan, dakwah, kepimpinan, kerohanian dan kesukarelawanan kepada ahli Rakan Siswa YADIM […]
YADIM manfaat sukarelawan bagi dakwah di Terengganu
HULU TERENGGANU – Bagi memantapkan agenda dakwah di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) memanfaatkan sumbangan tenaga sukarelawan yang bergiat aktif di segenap lapangan. Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, walaupun dengan bilangankakitangan yang sederhana, program-program YADIM di Terengganu ini masih dapat sampai ke semua daerah di negeri ini dengan bantuan dan kesungguhan […]
Terengganu mahu buka kaunter beri vaksin di masjid
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Terengganu berhasrat membuka kaunter pemberian vaksin COVID-19 di sebuah masjid setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memudahkan orang ramai menerima suntikan itu. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak, berkata pelaksanaan itu bagaimanapun perlu mengambil kira masalah berkaitan aspek kekangan tenaga kerja Kementerian Kesihatan […]
Sukarelawan YADIM Terengganu bantu usaha nyahkuman
SETIU – “Di mana sahaja ada ruang dakwah, di situ ada Sukarelawan YADIM,” itu ungkapan Ketua Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Alor Damat, Saiful Imran Mamat yang mengetuai tiga anggota pasukan itu dalam program nyahkuman di sini pada 3 Februari. Sukarelawan YADIM menurut Saiful Imran terlibat sebagai salah satu usaha membantu petugas barisan hadapan […]
Terengganu benarkan solat berjemaah lima waktu dan solat Jumaat
KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan membenarkan solat fardu dan solat Jumaat diteruskan di semua masjid dan surau sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Bagaimanapun, jemaah diingatkan agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada dan kehadiran jemaah mestilah mengikut kapasiti saiz masjid. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan […]
Terengganu perkasa lagi industri pelancongan Islam
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu akan memperkasakan lagi industri pelancongan Islam di negeri itu dengan menjejak kembali peninggalan sejarah ulama-ulama Islam termasuk yang terdapat di sekitar Taman Tamadun Islam (TTI) dan Sungai Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, antara yang akan diketengahkan ialah rumah dan surau peninggalan seorang […]
YADIM mahu tingkat kerjasama dengan Terengganu
KUALA TERENGGANU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berhasrat meningkatkan lagi kerjasama yang telah lama terjalin antara badan dakwah ini dengan kerajaan negeri Terengganu. Bagi mencapai tujuan tersebut, YADIM sedia menghulur tangan bagi mengadakan hubungan strategik dengan kerajaan negeri ini, khususnya dalam usaha melestarikan gerakan dakwah. Ia antara hasrat yang disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, […]
Taklimat Ikon Cilik YADIM di Pejabat Yadim Terengganu
KUALA TERENGGANU – Bagi melaksanakan gerak kerja awal program Ikon Cilik YADIM (ICY), Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan taklimat pelaksanaan program itu di sini. Taklimat yang diadakan di pejabat YADIM Terengganu pada 17 Ogos itu dihadiri oleh wakil Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Haron Tuan Kob dari Unit Dakwah […]