Kerajaan komited terap nilai al-Quran dalam pentadbiran
KOTA KINABALU – Kerajaan melalui agensi agama, komited dalam usaha menerapkan nilai-nilai al-Quran dalam pentadbiran negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata usaha melahirkan sebuah negara rahmah yang didiami ummah sejahtera dan bertamadun mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia. Beliau berkata demikian pada penutupan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran […]