Khutbah Aidilfitri dalam bahasa Temiar di masjid Gua Musang
GUA MUSANG – Lebih 500 masyarakat Orang Asli yang beragama Islam akan mengikuti khutbah dalam bahasa suku kaum Temiar di Masjid Al-Hidayah, Pos Hendrop pada solat sunat Aidilfitri nanti. Khutbah dalam bahasa Temiar itu akan dibaca sendiri Imam Arif Rami supaya dapat difahami dan ahli jemaah mendalami lagi agama itu khususnya dalam kehidupan harian mereka. […]