“Makcik dah besa dok sorang, ada orang mai tengok.”
SERDANG – Rakyat Malaysia amat terkenal suka membantu, tidak teragak-agak menolong sesiapa saja tidak kira bangsa dan agama, kini kepayahan kehidupan yang kian menghimpit menaikkan lagi keprihatinan kita untuk membantu sesama sendiri. Pada 18 Julai, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menziarahi dan menyantuni Eishah Harun, 68 tahun, warga emas ibu tunggal yang tinggal bersendirian di […]
Pengagihan sumbangan YADIM di Bandari Sri Permaisuri
SEKITAR pengagihan 28 set barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kepada penduduk yang memerlukan di Bandar Sri Permaisuri pada 16 Julai. Sebanyak 14 daripadanya merupakan pemohon TeleBantuan YADIM. Daripada jumlah keseluruhan, 25 set disampaikan kepada Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Kasturi, Bandar Sri Permaisuri Cheras, Muhammad Fadzil Zainuddin untuk diagihkan oleh pihak beliau. […]
“Makcik takdak wasap, tak gheti antaq lokasi.”
SUNGAI LAYAR – Puan Rosla Abd. Hamid, 64 tahun menghubungi Telebantuan YADIM untuk mengharapkan sedikit bantuan untuknya baru baru ini. Ibu tunggal warga emas ini mempunyai 6 orang anak. Ketika ini, dia tidak mampu bekerja lagi disebabkan factor usia selain menderita sakit di bahagian lutut. Pada 11 Julai kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah […]
‘Betullah tuhan tak tidur’
PUTRAJAYA – “Tuan-tuan semua tak kenal saya, tapi tuan-tuan sanggup bantu saya sampai macam ni. Masih ada orang yang hati mulia macam tuan-tuan… Betullah tuhan tak tidur.” Demikian ungkapan spontan daripada seorang lelaki tempatan yang dilafazkan secara jujur sejurus selepas disantuni petugas Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di ibu negara hari ini. Dia yang dirahsiakan […]
“Betullah Tuhan tak tidur”
KUALA LUMPUR – Tuan tuan tak kenal saya, tapi tuan tuan bantu sampai macam ni. “Masih ada orang hati mulia macam tuan tuan,”. “Betullah tuhan tak tidur…. Saya berdoa saban masa agar diberikan pertolongan…,”. Kata kata ini adalah ungkapan sebak seorang lelaki berhampiran Lorong Haji Taib di sini yang kami di Yayasan Dakwah […]
“Terima kasihlah mari hantar jauh jauh, menyusahkan ustaz,”
TANAH MERAH – Shaiful Safari Mat Yaakob menghubungi TeleBantuan YADIM pada 6 Julai lalu mengharapkan sedikit sumbangan untuknya. Ketika ini, dia tidak mampu bekerja akibat diserang gout. Menambah duka keluarganya, isterinya baharu sahaja selesai menjalani pembedahan injap jantung sekaligus memerlukan penjagaan dan perhatiannya. Sebaik mengetahui keadaan dihadapi lelaki ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan […]
SAY Kuala Langat bantu keluarga dikuarantin akibat Covid
KEBUN BHARU – Sebuah keluarga empat beranak di kampung ini di dalam kesulitan selepas beberapa hari dikuarantin akibat Covid-19. Kurang 24 jam mengetahui mengenai keadaan keluarga ini pada petang 4 Julai, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat segera turun padang pagi keesokan harinya untuk menyantuni mereka. Dalam kunjungan itu, Setiausaha Kerja SAY Kuala […]