Mualaf Kapar terima sumbangan YADIM
KAPAR – Parlimen ini menjadi lokasi terbaharu program menyantuni rakyat oleh Bahagian Khidmat Bakti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama Sukarelawan YADIM Parlimen Kapar. Menerusi program YADIM Peduli : Musaádah TeleBantuan dan Mualaf, seramai 48 keluarga yang dikenalpasti memerlukan di kawasan ini disantuni dengan pemberian barangan keperluan harian. Hadir ke program di Dewan Besar […]
YADIM Kedah santuni pemohon bantuan di Sanglang, alumni UUM
SANGLANG – Pandemik Covid-19 yang melanda negara telah memberi kesan kepada ramai penduduk. Akibatnya, ada yang kekurangan mata pencarian, ada juga yang terputus bekalan makanan. Fauziah Che Mat dari sini, seorang suri rumah mempunyai enam orang anak masih kecil. Suaminya sudah lama tidak bekerja, sedang menderita penyakit darah tinggi, kencing manis dan gastrik. “Hujan ni […]
Sumbangan TeleBantuan sekitar Jitra
JITRA – Terjejas teruk punca pendapatannya akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan ini memaksa seorang ibu tunggal, Nurul Nabila Razak memohon TeleBantuan YADIM baru baru ini. Ibu kepada seorang anak ini hanya bekerja di kedai makan sebagai sumber pendapatannya. Bagaimanapun dengan tiada pelanggan akibat PKP, pendapatannya terjejas teruk. Nurul Nabila tinggal bersama bapa dan […]
Lima bulan tiada pekerjaan, kini bakal timang cahaya mata, sewa rumah juga tertunggak…
SIK – Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan, seorang tukang rumah di Kampung Cahrok Sejuk di sini telah lima bulan tidak memiliki sebarang pendapatan. Lebih merunsingkannya, dia bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Mohd Helmi Abdullah di sini benar benar terdesak ketika ini, malah bayaran rumah sewanya sudah lima bulan tidak dapat dilunaskan. “Maaf Encik, abang […]
“Pernah terputus bekalan, ada ustaz minta hubungi YADIM”
LATA CELAK – Perjalanan ke rumah pemohon kali ini agak mencabar. Jalan berlumpur, licin dan berbatu ditempuhi sebelum kami akhirnya sampai ke rumah yang dihajati. Ishak Saad atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Paktam Sahak, 54 tahun, merupakan seorang bapa kepada tujuh orang anak. Isterinya, Namisah Haya diuji dengan sakit tulang belakang. Rawatan terapi terpaksa […]
“Bulan lepas tak diberi gaji, bulan ini pula diberi cuti.”
AMANJAYA – Pandemik Covid-19 yang melanda negara telah memberi kesan kepada semua. Bukan sahaja dipotong gaji dan dikurangkan elaun, malah ramai yang kehilangan sumber pendapatan untuk meneruskan hidup. Mohd Zamri Hussain, 37, dari sini merupakan bapa kepada dua orang puteri comel. Beliau adalah pekerja kilang di kawasan perusahaan Sungai Petani, yang terjejas secara langsung akibat […]
“Dengan keadaan lani, makan ja apa yang ada.”
KEPALA BATAS – Di sebalik wajah tenang, terselit pelbagai kisah di tanggung seorang ibu empat orang anak, Rozita Harun. “Maaf kak, lewat sampai,” ujar kami sebaik tiba di pintu kediaman seorang pemohon Telebantuan. “Takpa, nak mai (datang) bila pun, kak boleh tunggu, anak anak pun dah besa (biasa) macamni, dengan keadaan lani (sekarang), makan ja […]
300 penduduk Pulau Redang terima agihan daging korban
PULAU REDANG – Seramai 300 penduduk pulau ini menerima manfaat hasil agihan daging korban yang dilaksanakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu pada 21 Julai. Lembu sebanyak tiga ekor yang dikorbankan bagi program ini adalah sumbangan McDonald’s Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Al-Khairi. Mewakili YADIM dalam program ini ialah Pengarah YADIM Terengganu, Ustaz Nasrul Hadi […]
Sumbangan untuk penduduk Taman Ria Jaya
SUNGAI PETANI – Seramai 20 keluarga di Taman Ria Jaya di sini menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 16 Julai. Mereka terdiri daripada penduduk yang terkesan secara langsung dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang kini dikuatkuasakan di kawasan ini. Dua daripada mereka yang menerima sumbangan ini memohon bantuan menerusi […]
200 kotak makanan untuk penduduk Klebang, Bagan Serai
IPOH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 13 Julai mengagihkan sebanyak 200 kotak barangan keperluan harian kepada penduduk Klebang dan Bagan Serai dekat sini sebagai usaha menyantuni mereka yang memerlukan. Sumbangan disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua YADIM, Ustaz […]