KDN teliti latar belakang pendakwah asing sebelum dibenar berceramah
KUALA LUMPUR – Semua pendakwah luar yang datang ke negara ini untuk mengadakan ceramah keagamaan akan diteliti dan diperiksa latar belakang mereka terlebih dahulu. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihak kementerian turut melakukan proses semakan dengan badan keagamaan berkaitan yang terdapat dalam negara bagi memastikan kumpulan pendakwah tersebut bebas daripada fahaman songsang. […]
Jakim yakin pendakwah bertauliah tak sewenang-wenang kafirkan orang
PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Mohamad Nordin Ibrahim yakin murabbi atau pendakwah yang dilantik tidak terpesong dari tugas mereka untuk mendidik masyarakat mengenai ajaran Islam yang sebenar. Pihaknya percaya murabbi termasuk para imam, bilal, guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) serta pendakwah yang mendapat tauliah yang berjumlah kira-kira 50,000 orang […]
Jawi nafi larang Ustaz Azhar Idrus berceramah
SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menafikan dakwaan bahawa penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus dilarang menyampaikan kuliah atau ceramah di seluruh kawasan Wilayah Persekutuan seperti yang tular baru-baru ini. Pengarahnya, Mohd Ajib Ismail menegaskan penceramah itu ada tauliah mengajar agama di Wilayah Persekutuan dan ia terpakai sehingga 31 Disember 2020. “Maklumkan kepada […]
Tauliah agama: JAKIM serah kepada JAIM
KUALA KUBU BHARU – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk membuat keputusan mengenai status pentauliahan mengajar agama melibatkan penceramah, Wan Ji Wan Hussin. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, pentauliahan bagi membenarkan seseorang itu mengajar dan menyampaikan tauliah terletak di bawah bidang kuasa jabatan agama […]
Shamsul Ghau Ghau dapat tauliah mengajar al-Quran
KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak, Shamsul Ghau Ghau berkongsi berita gembira selepas dia kini layak mengajar al-Quran di Selangor sehingga 31 Disember 2022. Pemilik nama sebenar, Shamsul Azahar Aliddin itu mendapat pentauliahan mengajar daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), baru-baru ini. Dia yang berusia 50 tahun turut berkongsi gambarnya bersama kad identiti Pemegang Tauliah […]
Zakir Naik tak boleh ceramah kerana tiada tauliah, kata jabatan agama P Pinang
GEORGE TOWN – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) berkata Dr Zakir Naik tidak boleh menyampaikan ceramah terbuka di Pulau Pinang pada Jun ini kerana penceramah itu tidak mempunyai tauliah daripada pihak berkuasa agama negeri. Pengarahnya Zulkifli Long berkata, sesiapa yang mahu berceramah mengenai Islam mesti mempunyai tauliah daripada pihak berkuasa agama. Beliau […]
Tauliah khas kawal lambakan penceramah agama
KUALA LUMPUR – Pertauliahan khas yang dikeluarkan jabatan agama Islam di setiap negeri masih relevan dalam mengekang ‘lambakan’ penceramah bebas dalam menyampaikan ceramah agama di mana-mana platform termasuk media sosial, kata Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd Wahid. Tegas beliau, individu yang tidak memiliki tauliah khas sebagai penceramah agama adalah dilarang daripada menyampaikan ceramah dan […]