Malaysia dapat tambahan 10,000 kuota haji
RIYADH – Kerajaan Arab Saudi bersetuju memberikan tambahan 10,000 kuota haji untuk jemaah Malaysia. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau mengemukakan permohonan itu ketika menghadap Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan negara itu di Istana Al-Yamamah di sini pada Selasa (Rabu di Malaysia). […]
Moratorium sewa-beli: Bank setuju tidak caj faedah, penalti lewat bayar
KUALA LUMPUR – Bank bersetuju untuk tidak mengenakan caj tambahan ke atas bayaran ansuran perjanjian sewa beli konvensional dan syariah, demikian kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Caj tambahan berkenaan adalah kadar faedah terakru serta yuran dan penalti lewat bayar. Tengku Zafrul berkata, kementeriannya telah mencapai kata sepakat dengan industri perbankan […]