Agong titah rakyat lebih bersatu pada 2020
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat Malaysia lebih bersatu dan bekerjasama demi keharmonian, kesejahteraan dan kedaulatan negara tercinta sempena Tahun Baru 2020. Titah Seri Paduka lagi, tahun baharu harus disambut dengan membuang jauh segala prasangka dalam kalangan rakyat demi kepentingan perpaduan, keharmonian serta semangat cintakan negara. […]