Qasidah jalanan kumpul dana tahfiz

TAIPING – Kehidupan tanpa kasih sayang keluarga tidak melenturkan semangat 25 kanak-kanak dari Asrama Tahfiz Anak Yatim/Miskin Amal Nur Qaseh Kamunting, membuat persembahan qasidah berkonsepkan muzik jalanan atau ‘busker’ di Bazar Cross Street (BCS), di sini. Semangat mereka mengalunkan lagu puji-pujian kepada Yang Maha Esa serta luahan berunsur kerohanian itu menarik tumpuan pengunjung berbilang kaum […]