RM20 juta untuk lahirkan 100,000 hufaz cilik
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan Program Pra Tahfiz Kemas dengan peruntukan RM20 juta, bagi memperkasakan penghayatan pendidikan Islam dan ilmu al-Quran sejak awal usia. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, di bawah pelaksanaan program itu, kerajaan menyasarkan untuk melahirkan 100,000 hufaz cilik menjelang 2026. “Pendidikan awal kanak-kanak juga akan terus diberi perhatian dan […]
KHATAM AL-QURAN DALAM TEMPOH 17 JAM, IMAN ASRI PEMEGANG ‘SYAHADAH ULA AL-FATEH’
KUALA LUMPUR – Iman Asri, 24, kini pemegang ‘Syahadah Ula al-Fateh’ selepas berjaya ujian khatam al-Quran dalam tempoh 17 jam dengan kurang 10 kesalahan bacaan. Dalam ujian tersebut, terdapat empat pemeriksa yang menyemak bacaan beliau. Syahadah Ula al-Fateh merupakan ujian menghafaz al-Quran yang dilaksanakan oleh Maahad Tahfiz al Fateh, Batang Kali sejak tiga […]
Semoga lebih ramai terima manfaat
PASIR SALAK – “MasyaAllah, malam tadi beri cek, pagi ini bagi barang dapur pula” “Semoga dipermudahkan semua urusan pihak Tuan agar lebih ramai nanti terima manfaat dan boleh dibantu..” Cukup puas mendengar reaksi spontan begini. Hilang penat lelah menghabiskan masa berjam jam, melalui laluan sempit dan sukar, kebun serta ladang sejak pagi menghantar barangan sumbangan […]
UMK TAWAR PROGRAM ASASI KEPADA LEPASAN PENGAJIAN TAHFIZ
KOTA BHARU – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan menawarkan program Asasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahfiz (FICT) kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengambil pengajian Tahfiz al-Quran di peringkat sekolah. Pengerusi Lembaga Pengarah UMK Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh berkata pengambilan pertama program tersebut dijangka bermula pada semester Jun 2023/2024 selepas mendapat […]
Jadikan Pahang sebagai penanda aras institusi tahfiz negara – Tengku Hassanal
Kuantan – Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah mahu semua pusat institusi tahfiz di negeri ini melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek duniawi dan ukhrawi. Titah baginda, usaha itu penting dalam menyedia dan melahirkan bakal pemimpin negara pada masa hadapan. “Satu berita gembira, khususnya bagi mereka yang mengimpikan anak-anak menjadi […]
Sekolah tahfiz disaran tawar TVET
Johor Bahru – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dicadangkan untuk dijadikan antara subjek pembelajaran di sekolah-sekolah tahfiz di negeri ini. Ia antara lain bertujuan bagi melengkapkan pelajar institusi itu dengan ilmu serta kemahiran tambahan. Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, selain ilmu agama, program TVET membolehkan pelajar menimba ilmu dan kemahiran tambahan. […]
Bersama warga tahfiz sempena program Bulan Dakwah 2.0
KULIM – Bertempat di Dewan Selawat Maahad Tahfiz Ibnu Sina As-Syakirin, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menyantuni tiga pusat warga tahfiz di sini pada 10 Disember. Menerusi program Peduli Remaja dan Musa’adah Covid-19, seramai 40 pelajar dari Maahad Tahfiz Ibnu Sina As-Syakirin, Maahad Tahfiz Darul Ansar dan Maahad Tafaqquh Fiddin, menerima sumbangan barangan […]
Lebih RM20 ribu daripada YADIM untuk bantu institusi tahfiz
PUTRAJAYA – Prihatin dengan nasib sekolah tahfiz di negara ini yang masih terkesan dengan penularan Covid-19, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 13 Oktober menyampaikan sumbangan bernilai RM20,000 untuk institusi ini. Sebanyak 20 institusi tahfiz akan menerima manfaat sumbangan ini iaitu sebanyak 10 di Selangor, lima di Pahang, tiga di Melaka dan dua di Negeri […]
Daftarkan pusat tahfiz, pondok elak tercicir bantuan
KOTA BHARU – Pemilik pusat tahfiz dan pondok swasta di seluruh negara yang masih tidak berdaftar, digesa segera berbuat demikian dengan majlis agama negeri masing-masing bagi memudahkan bantuan disalurkan kepada mereka. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihaknya sedia maklum institusi pendidikan agama berkenaan bergantung sepenuhnya […]
Isu maahad tahfiz henti operasi antara fokus menteri agama
KUALA LUMPUR – Isu maahad tahfiz tidak beroperasi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga menyebabkan ibu bapa tidak lagi membayar yuran anak mereka antara fokus utama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad sebaik memulakan tugas secara rasmi, esok. Beliau menegaskan mahu mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu terlebih dahulu sebelum mengulas […]