Jakim sedia bimbing, beri sokongan emosi kepada Sajat
Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersedia membantu daripada aspek bimbingan dan sokongan emosi kepada Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali umum sebagai Nur Sajat. Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, bimbangan serta sokongan emosi berkenaan akan dilakukan apabila usahawan kosmetik itu selesai melalui proses undang-undang. Kami juga menyokong usaha untuk membawa […]
Pengikut ajaran sesat PMYT diarah serah diri
KOTA BHARU – Semua pengikut ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang kini sedang diburu polis diminta segera tampil menyerah diri. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihak polis kini sedang mencari pengikut ajaran itu selepas ketua ajaran yang digelar Sittah Annur ditahan, semalam. […]
Israel tahan pemimpin Hamas di Tebing Barat
BAITULMAQDIS – Tentera Israel semalam mengesahkan pihaknya menahan pemimpin Hamas yang didakwa bertanggungjawab menubuhkan pangkalan gerakan Palestin di Tebing Barat. Anggota pasukan khas menahan Sheikh Jamal al-Tawil di Ramallah lewat Selasa lalu, menurut tentera. Tentera mendakwa Jamal al-Tawil memainkan peranan aktif dalam menganjurkan penentangan terhadap Israel dan menubuhkan semula ibu pejabat Hamas di Ramallah. Jurucakap […]
Polis kesan dalang utama pembikinan video
KUALA LUMPUR – Polis sudah mengenal pasti seorang lelaki dipercayai menjadi dalang utama pembikinan dua video iklan lagu raya yang mempromosi kegiatan perjudian. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, lelaki berusia 35 tahun dikenali sebagai Loh Kee Hoe beralamat terakhir di Kuala Lumpur. Suspek kini dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut […]
Dakwaan jemaah masjid dijangkiti Covid-19 tidak benar
BUTTETWORTH – Polis menafikan dakwaan berlaku jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) dalam kalangan jemaah di Masjid Bagan Dalam di sini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, maklumat daripada pesanan suara yang tular di aplikasi WhatsAps kononnya berlaku jangkitan wabak berkenaan di masjid terbabit sejak semalam adalah tidak benar. “Semakan dengan […]
Hina Agong di laman sosial: Dua lagi ditahan
KUALA LUMPUR — Dua lagi individu ditahan kerana disyaki memuat naik status menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di laman sosial Facebook, menjadikan jumlah tangkapan setakat ini tiga individu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata dua lelaki itu, masing-masing ditahan di Sandakan, Sabah dan Sungai Buloh, […]
Penuntut IPTA ditahan susulan tajuk kontroversi debat
SEREMBAN – Seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ditahan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) semalam (12 November) berikutan tajuk kontroversi pertandingan Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak 2019 bulan lalu. Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Penolong Pengarah (Kanan) Ahmad Zaki Hamzah berkata, pelajar lelaki berusia 25 tahun itu yang […]
Jangan kaitkan isu penahanan wakil rakyat dengan Zakir Naik
SEREMBAN – Jangan kaitkan isu penahanan dua wakil rakyat yang kini disiasat kerana memberi sokongan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), dengan penceramah Dr Zakir Naik. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, menegaskan polis berhak menahan mana-mana individu yang didapati terbabit dengan aktiviti keganasan tanpa mengira sama ada Islam […]
Empat individu menghina Islam dan Nabi di reman
KUALA LUMPUR – Kesemua individu terlibat yang mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW serta muatnaik rakaman video mengaibkan dengan niat untuk mencetus rusuhan antara kaum ditahan di empat lokasi berasingan sekitar Lembah Klang dan Seremban. Sebanyak empat individu termasuk seorang wanita terbabit dalam kes berkenaan dan kesemua mereka ditahan oleh Unit Siasatan […]
Polis tahan lelaki berkopiah sembah tokong
PARIT BUNTAR – Polis telah menahan seorang lelaki dipercayai individu yang melakukan ritual di sebuah tokong kecil sambil memakai kopiah dan berkain pelekat yang tular dalam media sosial semalam (10 Jun). Lelaki berusia 43 tahun itu diberkas oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di perkarangan IPD berkenaan pada pukul […]