Nama baik TH boleh rosak akibat tindakan politik
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menggesa masyarakat dan pihak tertentu tidak mempolitikkan isu berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) kerana dikhuatiri merosakkan nama baik institusi itu. Mujahid berkata, pelbagai usaha sedang giat dijalankan kerajaan untuk memulihkan semula TH dan pada masa sama mengekalkan subsidi RM400 juta untuk menampung […]
Putrajaya nafi aset TH diurus CEO bukan Islam
KUALA LUMPUR – Soal aset Lembaga Tabung Haji (TH) diuruskan ketua pegawai eksekutif bukan Islam tidak timbul kerana aset itu dipindahkan kepada syarikat tujuan khas (SPV), Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang diketuai Izad Shahadi Mohd Sallehuddin, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata penubuhan SPV yang […]
TH terima deposit baharu hampir RM1 bilion
PASIR MAS – Lembaga Tabung Haji (TH) mencatat kemasukan deposit baharu berjumlah hampir RM1 bilion, selepas proses pemulihan dan penstrukturan semula institusi itu dilakukan di bawah kerajaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata perkembangan positif itu menunjukkan keyakinan orang ramai terhadap badan pemegang amanah itu tetap kukuh walaupun menerima pelbagai […]
Tabung Haji melangkah ke depan dengan lebih yakin
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) kini berada pada landasan tepat bagi membangunkan semula kredibiliti serta prestasi kewangannya dengan sokongan penuh kerajaan terhadap pelan penstrukturan dan pemulihan untuk mengukuhkan semula kedudukan institusi kewangan Islam itu. Pelan tersebut yang dirangka dan dilaksanakan oleh pengurusan dan pentadbiran baharu yang kesemuanya terdiri daripada kalangan profesional membolehkan […]
Kerajaan akan urus deposit TH lebih baik
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan kepada pendeposit Tabung Haji (TH) bahawa wang deposit mereka akan diuruskan dengan lebih baik oleh kerajaan. Beliau berkata TH diuruskan dengan buruk bertahun-tahun lamanya sebelum ini, yang mengakibatkan ia tidak memperoleh banyak keuntungan. “Sebenarnya mereka tidak membuat sebarang keuntungan, jadi mereka ambil deposit dan menggunakannya […]
Keyakinan pendeposit masih kekal utuh
KUALA LUMPUR- Jumlah deposit yang di terima oleh Lembaga Tabung Haji (TH) masih menunjukkan angka yang positif kerana keyakinan pendeposit tetap kekal utuh walaupun institusi itu mengumumkan hibah yang rendah bagi tahun 2018. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zukri Samat, berkata prospek TH yang cerah, tadbir urus lebih baik, tiada lagi […]
Tiada keperluan tubuh RCI Tabung Haji
KUALA LUMPUR – Tiada keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat pengurusan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, kelemahan yang berlaku terhadap institusi kewangan itu amat jelas. “RCI ini perlu dibuat jika ada perkara yang tak jelas dan banyak perkara misteri dalam Tabung Haji. […]
Terima kasih rakyat Malaysia kerana masih percaya, yakin dengan TH
PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof hari ini (8 April) memberi penghargaan kepada kepada rakyat Malaysia kerana tidak membuat pengeluaran besar-besaran daripada Tabung Haji (TH) sebagaimana yang digempar-gemburkan pihak tertentu. Mujahid berkata, bukan sahaja dakwaan itu tidak berasas bahkan sejak kadar hibah rendah itu diumumkan, TH […]
Tabung Haji kini di landasan tepat
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) kini berada di landasan yang tepat berikutan diterajui oleh barisan Lembaga Pengarah serta pasukan pengurusan baharu yang benar-benar memahami Akta TH Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Fuziah Salleh berkata, TH juga tidak mengalami masalah pengeluaran besar-besaran oleh pendepositnya sejak Disember tahun lepas. “Saya […]
TH nafi ramai pendeposit tutup akaun
PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) menolak khabar angin berlaku pengeluaran deposit beramai-ramai dan penutupan akaun di semua cawangannya seluruh negara, susulan pengumuman hibab terendah dalam sejarah badan berkanun itu. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Zukri Samat berkata, urusan di semua cawangan TH berjalan seperti biasa hari ini dan pihaknya turut […]