TH sedia 60,000 pek makanan untuk jemaah haji di Arafah, Mina

JEDDAH – Sebanyak 60,000 pek makanan disediakan untuk jemaah haji Malaysia ketika ibadah Masyair di Arafah dan Mina minggu depan bagi memudahkan urusan penyediaan makanan, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman. Beliau berkata penyediaan pek ‘makanan sedia dimakan’ itu melibatkan tiga hidangan pada musim haji kali ini iaitu makan […]

Keselesaan jemaah haji di maktab penginapan fokus utama TH

MAKKAH — Keselesaan jemaah haji di maktab penginapan masing-masing di sini penting supaya mereka dapat menjalankan ibadah dengan sempurna ketika mengerjakan haji. Pengurus Maktab 80, Lembaga Tabung Haji (TH) Rozimin Ahamed Kamil berkata justeru, pihaknya meletakkan fokus utama menjamin keselesaan jemaah di sini dengan memastikan pelbagai fasiliti disediakan kepada jemaah haji Malaysia. “Setakat hari ini […]

Tunai haji guna saluran yang betul 

MAKKAH – Orang ramai yang berhasrat menunaikan fardu haji disaran mengikut prosedur permohonan visa haji melalui saluran yang betul, kata Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi kenyataan di sini. Kenyataan itu memberitahu permohonan mengerjakan haji warganegara Malaysia menetap di Malaysia tertakluk kepada giliran haji bakal jemaah mengikut tahun pendaftaran haji dan permohonan, kelulusan serta pengeluaran visa […]

Abdul Gapak sambung ulang tahun 101 di Tanah Suci

MEKAH – Jauh di luar kotak imaginasi Abdul Gapak Mahmud dijemput menjadi duyufurrahman atau tetamu Allah pada usianya menginjak 101 tahun, apatah lagi hari lahirnya disambut Muassasah Asia Tenggara dalam sebuah majlis di Abraj Janadriyah di sini. Abdul Gapak, seorang bekas nelayan dari Kudat, Sabah, menunaikan haji tahun ini bersama isterinya Siti Maimun Hassan, 60, […]

TH sedia khidmat pelanggan 24 jam di Makkah

MAKKAH – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menyediakan khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam tujuh hari seminggu di sini dalam usaha memastikan keselesaan jemaah haji ketika menunaikan ibadah Rukun Islam kelima itu. Pengarah Operasi Makkah Tabung Haji, Datuk Ahmad Sohaimi Abd Rahim berkata, jemaah haji boleh membuat aduan di kaunter khidmat pelanggan Tabung Haji, yang […]

Hibah TH mungkin lebih tinggi akan datang

KUALA LUMPUR – Jumlah pemberian hibah kepada pendeposit Tabung Haji (TH) mungkin akan lebih tinggi pada masa akan datang. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, ini berdasarkan prestasi semasa TH yang semakin baik dan mengukuh. “Selepas kita adakan plan pemulihan iaitu masuk ke dalam syarikat tujuan khas (SPV), kita tinggalkan aset yang […]

133,000 pendeposit baharu TH

KUALA LUMPUR  – Lembaga Tabung Haji (TH) merekodkan seramai 133,000 pendeposit baharu dengan jumlah simpanan RM83 juta selepas pelan penstrukturan dan pemulihan semula badan itu dari Januari hingga Mei lepas. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata, TH turut merekodkan pertambahan pendeposit baharu melebihi 46,000 orang bagi tempoh April hingga Jun selepas pengumuman […]

Kekal hubungan erat Malaysia, Arab Saudi

MADINAH – Hubungan erat antara Malaysia dan Arab Saudi yang terjalin diharap dapat dikekalkan bagi meneruskan kesejahteraan kedua-dua negara, titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah. Seri Paduka bertitah, keakraban antara kedua-duanya sejak sekian lama terbukti dengan kerjasama yang dijalin dan dikembangkan dalam pelbagai bidang yang memberi keuntungan kepada kedua-dua negara. “Kehadiran saya […]

Demi kesihatan, Tabung Haji ‘manjakan’ Jemaah

MEKAH – “Kami sanggup manjakan jemaah agar mereka sentiasa sihat untuk melakukan ibadat,” begitu kenyataan Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman apabila memperkatakan mengenai perkhidmatan kesihatan yang diberikan oleh Tabung Haji. Katanya, bagi Tabung Haji, kesihatan jemaah adalah keutamaan kerana apabila jemaah tidak sihat, sudah tentu mereka sukar melakukan amalam ibadat […]

Kerajaan laksana langkah penjimatan pelan penstrukturan dan pemulihan semula TH

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah penjimatan menerusi pelan penstrukturan dan pemulihan semula Lembaga Tabung Haji (TH) . Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata menerusi rundingan semula kontrak terdahulu, penjimatan sejumlah RM 9.3 juta bagi setahun yang memberi penjimatan optimum kepada TH terutama dalam bidang perbekalan, infrastruktur dan […]