Majlis Sambutan Hari Raya dan Majlis Khatam Al Quran Daie Komuniti YADIM
TIDAK Pernah sunyi dengan program menyemarakkan dakwah di ibu kota, Daie Komuniti YADIM telah mengatur dan melaksanakan pelbagai acara sepanjang Syawal ini. Antaranya ialah Majlis Khatam Al Quran di Surau Tarbiah, Flat Sri Sabah pada 13 Mei lalu. Seramai 30 pelajar kelas Al Quran Daie Komuniti terlibat. Majlis bermula 9 pagi sehingga jam 12 tengah […]
Baraan dan doa selamat SAY Kuala Langat
SIJANGKANG – Bagi masyarakat Jawa, amalan Baraan boleh dikatakan satu kewajipan ketika menyambut Aidilfitri. Secara mudah, Baraan bermaksud ziarah atau kunjungan beramai-ramai yang merupakan warisan masyarakat Jawa. Aidilfitri kali ini, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat menghidupkan amalan berkenaan pada 7 Syawal (8 Mei) yang turut disertakan dengan majlis doa selamat. Program ini diadakan di kediaman […]
Sumbangan Syawal SAY Kuala Langat
KEBUN BHARU – Ramadan menuju ke penghujungnya dan Syawal bakal dirai. Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat terus menyantuni golongan masyarakat yang memerlukan bantuan lebih-lebih lagi warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU). Terbaharu SAY Kuala Langat menghulurkan sumbangan Aidilfitri berupa barangan keperluan dapur,sedikit kuih muih dan wang tunai kepada 15 keluarga di kampung ini dan […]
Sumbangan bakul makanan pelajar Muslim SMJK (C) Chan Hwa
SEREMBAN – Syawal bakal menjelang tidak lama lagi. Perayaan ini sewajarnya disambut dengan ceria oleh semua. Untuk itu, YADIM Negeri Sembilan secara pro aktif telah berusaha menyantuni golongan yang memerlukan bagi membantu mereka menyambut Aidilfitri dengan gembira. Untuk itu, seramai 20 bakul makanan telah disampaikan kepada pelajar pelajar Muslim di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) […]
YADIM Kedah bersama gabungan NGO negeri Kedah raikan mualaf sempena IRSYAD 360′
KUBANG PASU – Seramai 32 mualaf dari Changloon, Jitra dan Alor Setar diraikan dalam majlis berbuka puasa di sini hari ini. Program anjuran bersama gabungan sahabat baan bukan kerajaan negeri Kedah antaranya Pusat Kecemerlangan Dakwah Islam (PEACE), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kubang Pasu, Dhuafa’ Sejahtera, Malaysian Indian Reverted Muslims Association (MIRA) negeri Kedah, Majlis […]
MUIP sedia RM10 juta sumbangan Ramadan
PEKAN – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memperuntukkan kira-kira RM10 juta untuk diagihkan bagi membantu golongan memerlukan termasuk sumbangan Ihya Ramadan bermula minggu depan. Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Datuk Ahmad Hairi Hussain, berkata daripada jumlah itu, RM4.6 juta disediakan untuk bantuan menyambut hari raya kepada 11,151 penerima dalam kalangan fakir dan […]
Jangan Istiqomah Bermusim
Terkadang seperti rasa malu dengan Allah, masa Ramadhan lalu menangis bagai – macam insaf. Tapi semasa selepas itu semuanya ke laut!. Contoh mudah ialah solat Maghrib dan Isyak, semasa Ramadhan kedua-dua waktu ini dinanti-nantikan, semacam tidak sabar-sabar, namun kini? Sila jawab sendiri. Dahulu amat berdisiplin, bunyi azan Maghrib jamah kurma sikit, beberapa teguk air terus […]
Ziarah Sinar Syawal Musaadah Covid-19 Siri 2
PUTRAJAYA – Seramai 300 penerima telah menerima manfaat menerusi program Ziarah Sinar Syawal Covid-19 Siri 2 yang berlangsung pada 20 Mei hingga 6 Jun lalu. Kesemuanya merupakan mereka yang terkesan dengan musibah Covid-19 yang melanda negara ini. Sumbangan ini adalah bertujuan meringankan beban mereka sempena sambutan Syawal. Program anjuran Bahagian Khidmat Bakti (Sukarelawan YADIM), Bahagian […]
Syawal paling bermakna
KUALA LUMPUR – Inilah detik paling bermakna buat diri. Memeluk Islam adalah pilihan terbaik pernah seumur hidup,” kata saudara baharu, Muhammad Afiq Iman Abdullah, 27. Lelaki yang nama asalnya Jackie Jamior Jepol dan berasal dari Penampang, Sabah itu memeluk Islam pada akhir Ramadan lalu. Gambarnya ketika melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Menteri di Jabatan […]
Kekal istiqamah di bulan Syawal – Dr Luqman
KUALA LUMPUR – Memasuki bulan Syawal, umat Islam di negara ini diseru agar terus beristiqamah terutamanya dalam menghadapi ujian wabak COVID-19 yang membataskan masyarakat menyambut perayaan Aidilfitri semeriah seperti kelaziman sebelum ini. Aidilfitri merupakan hari kemenangan dan kegembiraan dalam pembersihan jiwa yang dikurniakan Allah kepada umat Islam kerana dapat menempuh ujian sebulan berpuasa serta berjaya melaksanakan […]