Ahmad Marzuk nafi kerajaan tidak serius perkasa perundangan syariah
KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary menafikan kerajaan pada hari ini tidak serius dalam memperkasakan perundangan syariah. Beliau sebaliknya berkata, pelbagai usaha telah dilaksanakan pihak kerajaan bagi tujuan tersebut terutamanya dalam aspek pendakwaan syariah di Malaysia. “Ada yang kata kerajaan hari ini tidak serius dalam […]
Komited sokong usaha martabat institusi kehakiman
SEPANG – Kerajaan Perikatan Nasional komited untuk menyokong usaha-usaha yang boleh menyumbang ke arah meninggikan martabat institusi kehakiman dan perundangan syariah di Malaysia. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mahkamah syariah adalah institusi kehakiman dan perundangan syariah yang mendokong Syiar Islam dan disebabkan itu ia harus dipertahan serta diperkasakan dari semasa ke semasa. “Ini […]
Persekutuan, negeri perkasakan mahkamah Syariah
KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri berusaha memperkasa institusi Mahkamah Syariah, dengan memperluas bidang kuasa institusi itu, selain menaik taraf sistem kehakiman dan menyemak semula kedudukan Hakim Mahkamah Syariah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata kerajaan juga sedang meneliti kewajaran untuk menubuhkan semula Jawatankuasa […]
Nurflix.TV tayang karya Islamik percuma selama tiga bulan
KUALA LUMPUR – Sebagai usaha memperkasakan pembangunan ekonomi dan sahsiah diri, penstriman televisyen dalam talian, Nurflix.TV diperkenalkan bagi menawarkan kandungan digital baharu, segar dan selamat ditonton oleh semua golongan masyarakat berlandaskan adab serta akhlak Islam. Diasaskan Syah Mohamed yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Nurflix.TV, platform berkenaan diwujudkan bukan bersaing dengan platform penstriman sedia ada seperti […]
YaPEIM laksana konsep At-Tawarruq dalam produk Ar Rahnu
KUALA LUMPUR – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) mengumumkan pelaksanaan konsep At-Tawarruq melalui penawaran produk Ar Rahnu Prestij (tujuan umum), Ar Rahnu Bisnes (modal perniagaan), Ar Rahnu Emas (pemilik emas YaPEIM Gold) dan Ar Rahnu Didik (tunai untuk pendidikan) mulai 7 Februari. Pelaksanaan itu tidak melibatkan sebarang kos tambahan dan dilaksanakan mengikut Piawaian Prosedur […]
Seminar Hak Wanita Mengikut Perundangan Syariah
KOTA BHARU – Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR) terus giat melaksanakan program bagi mengangkat pelbagai isu dan menyantuni golongan wanita di negeri ini. Terbaharu pada 22 November, mereka telah mengadakan Seminar Hak Wanita Mengikut Perundangan Syariah. Bertempat di Pusat Latihan FAMA Lundang, di sini, seramai 65 orang peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang telah menghadiri […]
Cipta inisiatif kewangan berasaskan nilai Rahmatan Lil Alamin
PUTRAJAYA – Penasihat syariah institusi kewangan perlu berani mencipta inisiatif kewangan berasaskan nilai Rahmatan Lil Alamin dalam produk baharu atau merejuvenasikan produk lama agar lebih segar dan berinovasi untuk menarik pelanggan Islam dan bukan Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh. Beliau berkata nilai rahmah dalam produk kewangan bukan sahaja akan meningkatkan […]
Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia dijangka ditubuh dalam tempoh 2 tahun
PUTRAJAYA – Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia dijangka ditubuhkan dalam tempoh dua tahun lagi ke arah memperkasakan institusi perundangan syariah di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata jabatan itu dijangka bertanggungjawab untuk mengawal selia semua perkara berkaitan pendakwaan syariah di Malaysia dalam usaha memperkasakannya. Katanya, penubuhan jabatan itu akan […]
Baituljannah.com: Platform digital cari jodoh muslim terbesar di Asia Tenggara
SHAH ALAM – Walaupun usianya baru menjangkau setahun, platform digital cari jodoh muslim, Baituljannah.com kini antara terbesar di Asia Tenggara dan mempunyai lebih 430,000 individu yang berdaftar dengan laman pencarian jodoh alam maya itu. Bukan itu sahaja, berdasarkan rekod sebanyak 92.8 peratus yang berdaftar adalah daripada usia 25 tahun dan ke atas sejak dilancarkan pada […]
Bank Islam terima 3 pengiktirafan
KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Bhd. meraih tiga pengiktirafan untuk kategori Best Customer Experience (Direct Debit), Best Direct Debit Bank dan Best FPX Bank sempena penganjuran Anugerah Kecemerlangan e-Pembayaran Malaysia (MEPA) 2019. Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, pengiktirafan itu adalah berdasarkan sumbangan Bank Islam terhadap pertumbuhan pembayaran elektronik (e-pembayaran) di […]