Majlis Iftar Madani Surau Al Falah, Kampung Nara, Pasir Puteh
YADIM Kelantan telah menganjurkan Majlis Iftar Madani dengan kerjasama Surau Al Falah, Kampung Nara, Pasir Puteh pada 21 Mac. Seramai 150 orang hadir ke program in. Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin telah menyampaikan tazkirah ringkas dan seterusnya menyampaikan sumbangan bekalan makanan asas kepada 30 keluarga asnaf. Hadir mewakili YADIM Negeri Kelantan ialah […]
‘Saya mohon maaf kepada penduduk, semua umat Islam’ – Alex Low
Georgetown: Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Tri Pinacle, Tanjong Tokong, di sini, memohon maaf kepada penduduk dan masyarakat Islam mengenai isu penggunaan pembesar suara bagi laungan azan di Surau Saidina Umar. Permohonan maaf itu dilakukan Alex Low secara terbuka ketika sidang media berhubung isu berkenaan di kondominium terbabit hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Ketua […]
Ramadan medan insafi diri, imarahkan masjid – Sultan Selangor
SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan umat Islam menjadikan Ramadan sebagai medan untuk menginsafi dan bermuhasabah diri. Baginda turut menasihati umat Islam untuk menjauhi perbuatan tercela seperti mengadu domba dan menyebar fitnah. “Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasullullah SAW bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan keji lagi buruk sedangkan […]
Maidam tarik semula arahan pemakaian pelitup muka di masjid, surau.
KUALA TERENGGANU: Semua jemaah masjid serta surau di Terengganu tidak lagi diwajibkan memakai pelitup muka mulai hari ini. Arahan pemansuhan ketetapan tersebut dibuat oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dengan perintah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin. Yang Dipertua Maidam Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata penarikan arahan itu dibuat selepas melihat […]
Sultan Selangor ulangi ingatan masjid dan surau bukan medan politik
KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sentiasa memastikan masjid dan surau bebas dari segala unsur politik. Titah baginda, masjid dan surau sepatutnya menjadi medan penyatuan umat Islam dan bukan tempat membina jurang disebabkan berbeza fahaman politik. “Beta mengambil kesempatan secara […]
Forum Maulidur Rasul dan perasmian surau SK Kampung Paya
POKOK SENA – Program Bulan Dakwah 3.0 YADIM Kedah diteruskan dengan Forum Perdana dan perasmian Surau Raudhah Attalibin di Sekolah Kebangsaan Kampung Paya, di sini pada 27 Oktober. Majlis perasmian Forum Perdana dan surau telah disempurnakan oleh Pengarah YADIM Negeri Kedah Ustaz Mohd Aizat Zakaria. Seramai 3 orang ahli panel terdiri dari Ustaz Lutfi Amir […]
Melaka tamatkan kebenaran solat Jumaat di 228 surau
MELAKA – Kerajaan negeri bersetuju menamatkan kebenaran mendirikan solat Jumaat secara sementara di 228 buah surau berkuat kuasa Jumaat depan. Mufti negeri, Datuk Halim Tawil berkata, perkara itu diputuskan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali minggu lepas. Menurutnya, berikutan itu Jumaat ini merupakan hari terakhir bagi […]
Solat jemaah rapat saf di Perlis berkuat kuasa 8 Januari ini
ARAU – Semua masjid di seluruh Perlis akan mula melaksanakan solat berjemaah dengan merapatkan saf berkuat kuasa pada solat Subuh Sabtu ini, sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan. Yang Di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, keputusan dilakukan selepas mendapat limpah perkenan Raja […]
Sejadah, telekung untuk mangsa banjir di Johor
SEGAMAT – Seperti diramalkan Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini, negeri ini akhirnya turut dilanda banjir. Di daerah ini, beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mula dibuka sejak beberapa hari yang lalu bagi menampung mangsa banjir yang mula berpindah. Cakna dengan keperluan untuk beribadah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) membantu melengkapkan keperluan di surau surau yang disediakan […]
PUM sokong semak balik had bilangan jemaah
PUTRAJAYA – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyambut baik usaha pihak kerajaan untuk menyemak kembali had bilangan kehadiran jemaah di masjid dan surau di seluruh negara. Yang Dipertuanya, Datuk al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, langkah diambil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu selaras perkembangan Pelan Pemulihan Negara (PPN). “Semakan semula ini amatlah wajar kerana timbul […]