Indonesia dilanda tsunami lagi
JAKARTA – Sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh manakala 584 cedera selepas tsunami melanda bahagian pantai di sekitar Selat Sunda. Agensi pengurusan bencana Indonesia seperti dipetik oleh BBC sebagai berkata, dua orang dilaporkan hilang dan berpuluh bangunan musnah. Menurut agensi terbabit, tsunami terbabit berpunca daripada tanah runtuh yang terjadi di bawah laut selepas Gunung Berapi Krakatoa meletus. […]