Misi bantuan pasca banjir Rakan Siswa YADIM
HULU LANGAT – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Melalui inisiatif #RSYCaknaBanjir, beberapa pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) telah turun ke lapangan mengedarkan sumbangan barangan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir di sini. Sejak awal kejadian banjir, RSY bersama YADIM merupakan antara yang pertama sampai ke Kampung Sungai Lui dan Kampung Jawa, di sini bagi menyantuni […]
Peruntukan agensi Islam lebih RM6 juta untuk mangsa banjir
KUALA LUMPUR – Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) diperuntukkan sebanyak RM6,635,680 untuk diagihkan kepada mangsa yang terlibat dengan musibah banjir. Menterinya Senator Idris Ahmad berkata, agensi-agensi di bawahnya telah menggerakkan pasukan Skuad Musa’adah Agensi Agama untuk berkhidmat di semua kawasan terjejas di seluruh negeri yang terlibat dalam bencana tersebut. Antara bantuan […]
Misi bantuan banjir SAY Kuala Langat
TELOK PANGLIMA GARANG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat terus cakna dengan keperluan dan situasi memerlukan masyarakat. Prihatin dengan bencana banjir yang melanda kawasan ini, SAY Kuala Langat pada 18 Disember menyampaikan bantuan kepada 20 penduduk di Kebun Bharu, Sijangkang dan Kampung Medan yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara. Mereka yang […]
Ramah Mesra dan Musa’adah YADIM Bersama Persatuan Muallaf India Malaysia
JOHOR BAHRU – Alhamdulillah, kami kini menambah rakan kerjasama untuk program dakwah kami. Pada 19 Disember telah diadakan pertemuan pertama antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Malaysia India Reverted Association (MIRA) di sini. Beberapa perbincangan diadakan untuk program pada masa akan datang. Antara yang telah diatur ialah Kelas Pemantapan Akidah dalam Bahasa Tamil. YADIM […]
SAY Kuala Selangor beri sumbangan warga memerlukan
KUALA SELANGOR – Aktif menyantuni pelbagai lapisan komuniti tanpa mengira latar belakang. Itu kelebihan Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) hingga nama mereka mekar di masyarakat. Program yang dilaksanakan pula tepat kepada golongan sasaran YADIM, lantaran mereka ini sendiri berada di kalangan masyarakat. Contoh terbaharu ialah yang dilaksanakan SAY Kuala Selangor baru baru ini. Wanita […]
Bersama warga tahfiz sempena program Bulan Dakwah 2.0
KULIM – Bertempat di Dewan Selawat Maahad Tahfiz Ibnu Sina As-Syakirin, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menyantuni tiga pusat warga tahfiz di sini pada 10 Disember. Menerusi program Peduli Remaja dan Musa’adah Covid-19, seramai 40 pelajar dari Maahad Tahfiz Ibnu Sina As-Syakirin, Maahad Tahfiz Darul Ansar dan Maahad Tafaqquh Fiddin, menerima sumbangan barangan […]
30 keluarga terima sumbangan makanan SAY Kuala Langat
TELOK PANGLIMA GARANG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat tidak pernah sunyi dengan aktiviti kemasyarakatannya. Terbaru pada 3 Disember, agihan pek makanan siap dimasak diadakan di sekitar mukim ini. Antara lokasi agihan ialah Taman Pahlawan, Taman Desawira serta Jalan Sukepi. Program diketuai oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin bersama ahli jawatankuasanya, […]
Nelayan Seberang Perai disantuni
SEBERANG PERAI – Bertempat di Restoran Nelayan Batu Ujong di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang telah menyantuni kalangan nelayan dari kawasan ini. Menerusi program YADIM Peduli dan YADIM Interaktif bersama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pulau Pinang, seramai 50 keluarga nelayan menerima sumbangan barangan keperluan harian. Program dimulakan dengan ceramah yang disampaikan […]
KFC untuk pelajar Sekolah Seri Puteri, petugas barisan hadapan
BANGI – Sejak beberapa hari lalu, bilangan pelajar Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya yang didapati positif Covid-19 semakin bertambah. Ekoran keadaan yang semakin membimbangkan ini, para pelajar kontak rapat di sekolah berkenaan ditempatkan di beberapa institusi untuk dikuarantin seperti di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Institut Aminudin Baki (IAB) dan Institut Kemahiran Malaysia (IKM), Nilai. […]
Ziarah mangsa kebakaran Kampung Pengkalan Nangka
TUMPAT – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 25 November 2021 telah menziarahi mangsa sebuah kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Pengkalan Nangka di sini. Diwakili oleh Pengarah YADIM Kelantan, Mahadi Awang, badan dakwah ini menyampaikan sumbangan wang tunai untuk mangsa kejadian malang ini yang juga merupakan ibubapa kepada ahli Sukarelawan YADIM […]