30 pek makanan untuk komuniti Cina Kuala Muda

SUNGAI PETANI – Sesuai dengan gerak kerja menyantuni semua mad’u dalam menyebarkan dakwah, YADIM Kedah telah menyampaikan sumbangan kepada komuniti Cina daerah Kuala Muda. Program pada 29 Januari ini diadakan sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina tidak berapa lama lagi. Ia dijayakan dengan kerjasama rakan-rakan badan bukan kerajaan (NGO) Kedah seperti Pusat Kecemerlangan Dakwah Islam […]

Banjir… masih ada yang perlu bantuan

HULU LANGAT – Insiden banjir teruk yang melanda negara hujung tahun lalu kini semakin dilupakan. Ramai sudah memulakan kehidupan pasca banjir dan kembali seperti sebelumnya. Pihak pihak yang turun padang sebelum ini membantu mangsa juga sudah pulang. Namun sebenarnya, masih ada yang belum dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. YADIM menemui sebuah kediaman di Sungai Serai […]

Santuni komuniti Cina di Tanah Merah dan Jeli sempena Tahun Baru Cina

JELI –  Inisiatif menyantuni komuniti Cina sempena Tahun Baru Cina diteruskan oleh YADIM Kelantan di jajahan Tanah Merah dan Jeli pada 26 Januari. Program bermula dengan sumbangan kepada 20 peniaga Cina di Pasar Besar Tanah Merah. Seterusnya rombongan bergerak ke Jajahan Jeli untuk menyantuni 14 keluarga Cina di Kampung Batu Gajah, Kampung Bendang  Kuala dan […]

Penyerahan limau untuk komuniti Tiong Hua Bachok.

BACHOK – Usaha menyantuni komuniti Cina di negeri ini dilaksanakan dengan konsisten oleh YADIM Kelantan. Terbaharu menjelang Tahun Baru Cina tidak lama lagi, YADIM Kelantan telah menyantuni 20 keluarga Tiong Hua di sini. Majlis ini turut dihadiri oleh Jawatankuasa Induk Sukarelawan YADIM (SAY) Kelantan,  Monaliza Ramli, Ketua Daerah SAY Pasir Puteh, Cikgu Rodin Jaya, Ketua […]

48 tahun YADIM di dunia dakwah

BANGI – Agensi dakwah negara, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), menyambut ulang tahun ke 48 dalam suasana serba sederhana hari ini (25 Januari), namun dengan penuh ingatan bahawa perjuangan dakwahnya masih jauh. Dalam Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat bersama mantan mantan Yang Dipertua, kakitangan dan pengurusan tertingginya, YADIM mengenang kembali sejarah penubuhan dan pada masa […]

Sumbangan limau di Kota Bharu dan Machang sempena Tahun Baru Cina

MACHANG –  Inisiatif menyantuni komuniti Cina sempena Tahun Baru Cina diteruskan oleh YADIM Kelantan di jajahan Kota Bharu dan Machang pada 24 Januari. Program bermula dengan menyantuni seramai 20 keluarga Cina di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu. Seterusnya rombongan bergerak ke Jajahan Machang untuk menyantuni 20 keluarga Cina di Kampung Mata Air dan Kampung […]

Musa’adah mangsa banjir di Kuala Ketil dan Kupang

KUALA KETIL – Seramai 33 orang mangsa banjir yang berlaku baru baru ini di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil  menerima sumbangan toto dan Kit Musaadah daripada YADIM Kedah. Majlis penyerahan dimulakan  dengan tazkirah yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria. Hadir sama ke majlis ringkas ini ialah Pengarah Pusat Khidmat […]

Sumbangan lampin pakai buang, kit pesakit dari Majlis Amal Islami Malaysia YADIM untuk HKL

KUALA LUMPUR – Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) YADIM pada 24 Januari telah menyerahkan sumbangan 50 set lampin pakai buang dewasa dan Kit Pesakit untuk Wad Hospital Kuala Lumpur (HKL). MAIM diwakili Pengerusinya, Ustaz Muhammad Najhan Shahir Halim merangkap Pengarah Kanan Pejabat Yang Dipertua YADIM. Turut mengiringi ialah rakan badan bukan kerajaan, Syabab Care yang […]

Bicara dakwah dan penyampaian sumbangan bersama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan

TAMPIN – Kerjasama strategik YADIM Negeri Sembilan dan rakan badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini ternyata membawa manfaat kepada banyak pihak. Terbaharu pada 22 Januari bertempat di Masjid Qariah Kampung Repah di sini, YADIM Negeri Sembilan bersama rakan NGO MyFundaction  telah mengadakan program Bicara Dakwah. Dengan tajuk ‘Benteng Akhir Zaman’ ia telah disampaikan oleh […]

Musaadah Pasca Banjir di Kuala Krai

KUALA KRAI –  Bagi meringankan bebanan mangsa banjir dari jajahan ini, YADIM Kelantan tampil menghulurkan sumbangan kepada mereka pada 18 Januari. Seramai 50 mangsa banjir menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM dan wang tunai daripada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Ahmad Marzuk Shaary. Hadir mewakili YADIM Kelantan  […]