Program Sepakat @ Komuniti I.R.S.Y.A.D 360 Daerah Port Dickson

PORT DICKSON – Pada 2 Mei telah berlangsung program Sepakat @ Komuniti I.R.S.Y.A.D 360 Daerah Port Dickson anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan dan Sukarelawan Al Baasith Negeri Sembilan. Bertujuan menyantuni golongan yang memerlukan di Kampung Bagan Pinang, program ini juga diisi dengan aktiviti seperti adalah Tazkirah Ramadan disampaikan oleh Ustaz Muhammad […]
YADIM Peduli Santuni Pemandu Bas

SUNGAI NIBONG – Pada 2 Mei berlangsung Program YADIM Peduli Siri 2 dengan kerjasama Persatuan Pemandu dan Pengusaha Bas di Stesen Bas Sungai Nibong, di sini. Seramai 30 orang pemandu dan pengusaha bas menerima barangan keperluan harian yang disampaikan Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang, Ustaz Afifi Ruslan. Turut hadir Pengerusi Gabungan Pengusaha […]
Sumbangan Kepada Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman Mentakab Temerloh

TEMERLOH – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM ) Pahang dengan kerjasama Sukarelawan YADIM Temerloh pada 1 Mei menziarahi dan menyantuni anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman Mentakab di sini. Majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Mohamad Hazmi Dibok. Seterusnya diadakan sumbangan wang tunai dan kuih […]
YADIM Kelantan Ziarah Pesakit Kanser Hidung

MACHANG – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan pada 30 April telah meluangkan masa menziarahi Mariah Ismail, 61 tahun di Hospital Machang, yang sebelum ini kisahnya viral di media sosial. Makcik Mariah kini di hospital tersebut bagi menjaga anaknya, Abdul Halim Mat Hasan 27 tahun terlantar akibat mengalami kanser pangkal hidung sejak 7 tahun lalu. […]
SAY Tumpat santuni asnaf Kampung Ketil dan Kampung Haji Merah

TUMPAT – Kampung Ketil dan Kampung Haji Merah di sini merupakan lokasi terbaharu disantuni Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY). Pada 30 April, SAY Tumpat menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga yang memerlukan di dua kampung ini. Bantuan berupa barangan keperluan harian telah diserahkan oleh Ketua SAY Tumpat, Ustaz Muhd Najib Shukri Saghiri. Turut […]
Ziarah Gelandangan YADIM Pulau Pinang

GEORGETOWN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang telah mengadakan program ziarah gelandangan di sekitar bandaraya pada 29 April. Seramai 60 gelandangan disantuni menerusi pemberian makanan dan minuman dalam kunjungan ini. Selain pemberian makanan, pegawai YADIM Pulau Pinang yang hadir turut bertanya khabar dan pemasalahan gelandangan yang disantuni. Program ini adalah salah satu pengisian […]
Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Sumbangan Anak Anak Yatim

BUKIT MERTAJAM- Satu majlis berbuka puasa serta penyampaian sumbangan kepada anak- anak yatim dan mualaf telah diadakan pada 29 April bertempat di Restoran Route 69 di sini, anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang. Seramai 22 anak yatim dan 15 mualaf diraikan dalam majlis ini. Sumbangan berupa wang tunai dari YADIM diberikan kepada mereka […]
Edaran bubur lambuk dan risalah dakwah oleh YADIM Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM – Pada 29 April telah diadakan Program Edaran Bubur Lambuk dan risalah dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang kepada pengunjung yang datang ke Mydin Mall di sini. Ia adalah sebahagian pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360) yang menyasarkan komuniti setempat dengan pelbagai program yang dirancang. Sebanyak 600 pek bubur lambuk […]
Program Irsyad Parlimen Jerantut di Masjid Tengku Mahkota Abdullah

JERANTUT – Seramai 25 asnaf yang dikenalpasti memerlukan menerima sumbangan kit musaádah daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 29 April. Program Ihya Ramadan Sebulan YADIM (Irsyad 360) di Masjid Tengku Mahkota Abdullah ini diadakan dengan kerjasama Persatuan Pembimbing Masyarakat Sejahtera (PPMS). Dalam program ini juga, turut diadakan taklimat halatuju kepada Sukarelawan YADIM dan […]
Asnaf Kampung Kerukan terima sumbangan YADIM Sabah

KUALA PENYU – Seramai 37 asnaf yang memerlukan di Kampung Kerukan di sini menerima sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 29 April. Sumbangan bakul makanan itu disampaikan oleh Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah, Samin Ongki di Masjid Jamek Kampung Kerukan. Program ini merupakan sebahagian pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM Sabah.