Sumbangan untuk komuniti Muslim Sungai Melut

SEPANG – “Terima kasih YADIM, kami harap sumbangan dan hubungan antara kita berkekalan,” ujar wakil guru Sekolah Kebangsaan Sungai Melut (A). Demikian reaksi diterima kami dalam acara penyerahan sumbangan kepada komuniti Muslim kawasan ini. Sebanyak 44 set barangan keperluan harian disampaikan kepada penduduk. Setiap mereka juga menerima sedikit wang tunai daripada YADIM. Barangan berkenaan disampaikan […]
Program Musaadah Ramadan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sematan

SEMATAN – Selepas Asajaya, program Musaádah Ramadan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak diteruskan ke kawasan ini bagi menyantuni warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sematan. Perjalanan ke sekolah ini mengambil masa 2 jam 30 minit dari bandaraya Kuching dengan menaiki feri mengharungi Sungai Rambungan. Program kali ini disertai Hornbill Triton Club yang membantu dari segi […]
Bantu 500 golongan memerlukan

JOHOR BAHRU – Sebanyak 500 keluarga di seluruh Johor menerima sumbangan berbentuk keperluan harian serta kelengkapan Syawal tahun ini yang disumbangkan oleh beberapa NGO di negeri ini melalui program Infaq Rezeki. Sumbangan itu dilaksanakan melalui inisiatif kolektif yang dijalankan oleh pertubuhan bukan kerajaan melibatkan Kelab Inspirasi Negaraku Malaysia (Inspirasi Negaraku), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) […]
Sumbangan Khas Prihatin PKP Covid-19 Parlimen Jerai

JERAI – Covid-19 masih berada di sekeliling kita dan belum menunjukkan tanda reda. Malah di negeri ini, kerajaan kini menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di lima daerah bagi membendung penularan wabak ini. Pelaksanaan PKP sudah tentu memberi kesan yang bukan sedikit kepada orang ramai, lebih lebih lagi asnaf dan golongan B40. Cakna dengan situasi tersebut […]
Sukarelawan YADIM Jeli santuni asnaf

JELI – Siri Ziarah Asnaf sempena Ihya Ramadhan Sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (IRSYAD 360) diteruskan pada 5 Mei oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Jeli dengan menziarahi asnaf di Kampung Lawang , Kampung Kelewek, Kampung Plain dan Kampung Kelisar di sini. Sebanyak 9 keluarga miskin tegar dan sakit terlantar telah disantuni dengan pemberian barangan keperluan harian. […]
30 Pek Makanan Untuk Sekolah Menengah Hajjah Laila Taib

KOTA SAMARAHAN – Pada 4 Mei, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak menyampaikan 30 pek kotak makanan asas keperluan dapur mengandungi beras, gula, perisa minuman, roti bungkus, mee bungkus, kicap dan sos kepada Sekolah Menengah Hajjah Laila Taib di sini. Sumbangan telah disampaikan oleh pegawai YADIM Sarawak, Mohd Subri Haji Rafa-Ee kepada Penolong Kanan Pentadbiran […]
Mengagihkan Sumbangan Pek Musaadah Covid19 Kepada Warga Felda Jengka.

JENGKA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang bersama badan bukan kerajaan Sheika Lubna dan Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Krau pada 4 Mei telah mengagihkan sumbangan pek Musaadah Covid-19 kepada warga Felda Jengka di sini. 25 pek sumbangan makanan harian YADIM berupa beras, bihun, tepung, biskut, gula, kordial dan sos diagihkan kepada warga yang memerlukan. […]
Sumbangan Iftar Orang Asli Pos Tuel

GUA MUSANG – Sempena program Ihya Ramadhan Sebulan YADIM (IRSYAD 360), YADIM Kelantan pada 4 Mei telah menyantuni masyarakat Orang Asli di Kampung Ber, Pos Tuel di sini. Program ini diadakan dengan kerjasama Daei Orang Asli YADIM Ustaz Sugie Angah. Seramai 250 penduduk dari 45 keluarga menerima juadah iftar yang disediakan secara gotong royong oleh […]
YADIM edar 600 pek bubur lambuk di Semungkis

HULU LANGAT – Bertempat di Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH) di sini, badan dakwah ini pada 4 Mei telah mengadakan program YADIM Peduli: Sumbangan untuk Rumah Anak Yatim dan Maahad Tahfiz Hulu Langat Seawal jam 9 pagi, kerja kerja menyediakan dan memasak bubur lambuk telah dimulakan di INDAH. Hampir 15 kakitangan badan dakwah ini bergotong […]
Irsyad 360: Musa’adah Asnaf Rembau

REMBAU – Sebanyak 100 set barangan keperluan harian disampaikan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan pada 4 Mei kepada asnaf di sekitar daerah ini. Sumbangan tersebut disampaikan di Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim di sini dalam programMusa’adah Asnaf Rembau. Program ini diadakan dengan kerjasama Persatuan Ikatan Guru Guru Muslim Malaysia dan sumbangan […]