Sumbangan Syawal PKP 3.0 SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Pertengahan Syawal kali ini menyaksikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang diperketatkan, menyebabkan semakin ramai pihak memerlukan perhatian. Komited membantu rakyat akibat situasi ini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 25 Mei turun padang ke kampung ini dan Kampung Kebun Bharu di sini menyantuni seramai tujuh keluarga yang memerlukan. Turut […]
Siapa ke YADIMart tu ?

SERI KEMBANGAN – Kelihatan lelaki itu meninjau rak demi rak di pasar raya itu. Berpuashati dengan apa yang dilihatnya, beliau turut mengambil peluang menyumbang kepada foodbank di pintu masuk pasar raya itu. Bagi yang kurang mengenalinya, pasti sedikit sukar mengecam beliau. Tetapi hari ini (23 Mei), tanpa protokol, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri […]
Bantuan untuk mangsa banjir Sabah

BEAUFORT – Dalam suasana negara bergelut dengan Covid-19 yang semakin teruk, warga daerah ini diuji pula dengan musibah banjir. Sejak enam hari lalu, penduduk di beberapa kampung di sini terputus hubungan dengan kawasan lain ekoran banjir yang melanda. Cakna dengan keadaan ini, agensi agama Islam di negeri ini berganding bahu bersama rakan rakan jabatan di […]
Lagi asnaf terima sumbangan SAY Kuala Langat di akhir Ramadan

TELOK PANGLIMA GARANG – Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) terus menyantuni mereka yang memerlukan pada hari ke 29 umat Islam berpuasa di negara ini. Bertempat di mukim ini pada 11 Mei, seramai tujuh keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian, buah kurma Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan sedikit duit raya daripada SAY Kuala Langat. […]
Polis bantuan terima sumbangan YADIM

PUTRAJAYA – Seramai 30 orang polis bantuan di Kompleks Pusat Islam Putrajaya menerima sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 10 Mei. Sumbangan disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam satu majlis ringkas di sini. Hadir […]
Agihan Sumbangan Barang Dapur SAY Kuala Langat

KAMPUNG MEDAN – Lima keluarga kurang bernasib baik di kampung ini menerima sumbangan barangan dapur daripada Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 10 Mei. Kesemua mereka turut menerima sedikit wang tunai dan kurma daripada SAY Kuala Langat. Sumbangan disampaikan Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin. Para penerima mengucapkan terima kasih kepada SAY […]
Asnaf sakit terlantar, OKU disantuni YADIM Kelantan, CIMB Islamic.

MELOR – Lebih ramai asnaf dan lain lain golongan memerlukan disantuni oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan CIMB Islamic Bank Berhad di negeri ini. Selain di Pasir Puteh, inisiatif yang sama turut digerakkan di kawasan ini pada 10 Mei dengan menyantuni asnaf di Kampung Bechah Mulong, Kampung Padang Mokkan, Kampung Bechah Kura dan Kampung […]
Lelaki 100 tahun, bekas guru Al Quran, ibu tunggal antara disantuni YADIM – CIMB Islamic

PASIR PUTEH – Seramai enam lagi asnaf yang memerlukan disantuni dalam program YADIM Peduli: Bantuan Ramadhan/Aidilfitri bersama Cimb Islamic Bank Berhad di sini pada 10 Mei. Kali ini asnaf yang dikenalpasti memerlukan merupakan penduduk dari Kampung Kenak, Bunut Susu, Kampung Bakong, Pasir Mas dan Kampung Gong Serai Hilir, di sini. Antara yang menerima bantuan ialah […]
Sumbangan Aidilfitri Kepada Daie Pusat Dakwah Serantau

KAJANG – Bak kata pepatah ‘Banyak tanda ada, sikit tanda ingat’ . Pada 10 Mei, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada para daie di Pusat Dakwah Serantau (PDS) di sini. Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh turun padang menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Pengurus Besar Yayasan Amal Malaysia, Haji […]
Sepakat @ Komuniti di Rembau

REMBAU – Hari hari terakhir Ramadan diisi oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan dan rakan rakan startegiknya dengan program program bersama rakyat. Di daerah ini pada 9 Mei YADIM, MyFundAction, Sukarelawan Al Baasith dan Jabatan Penerangan telah bekerjasama menganjurkan satu lagi sesi Sepakat@Komuniti. Antara pengisian program ialah sesi penerangan kepentingan vaksin Covid-19 oleh […]