Tujuh keluarga terima sumbangan YADIM Pahang

KUANTAN – Seorang ibu tunggal bersama tiga orang anak menetap bersama ibunya yang juga seorang ibu tunggal dan turut menjaga neneknya warga emas serta ayah saudaranya yang merupakan orang kurang upaya (OKU). Dalam kesukaran, wanita itu menghubungi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang memohon bantuan pek makanan asas, lampin pakai buang untuk anak kecil dan […]
20 keluarga termasuk bukan Muslim terima sumbangan SAY Kuala Langat

SIJANGKANG – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang kini dikuatkuasakan di mukim ini menyebabkan ramai penduduknya yang perlu dibantu. Bertindak atas keperluan tersebut, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat pada 6 Julai menyantuni seramai 20 keluarga di sini dengan pemberian barangan keperluan harian. Mereka yang dibantu termasuklah dua keluarga bukan Muslim yang tinggal di […]
Sanitasi Surau Musabul Khair, sumbangan warga Seremban.

PAROI – Selepas program di Ampangan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan pada 5 Julai meneruskan program menyantuni rakyat di kawasan ini dan di Seremban. Di mukim ini, YADIM Negeri Sembilan telah melakukan kerja sanitasi di Surau Musabul Khair, sebagai usaha menjaga kebersihan dan mengelakkan penularan Covid-19. Ia dilaksanakan dengan kerjasama rakan badan bukan […]
SAY Kuala Langat bantu keluarga dikuarantin akibat Covid

KEBUN BHARU – Sebuah keluarga empat beranak di kampung ini di dalam kesulitan selepas beberapa hari dikuarantin akibat Covid-19. Kurang 24 jam mengetahui mengenai keadaan keluarga ini pada petang 4 Julai, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat segera turun padang pagi keesokan harinya untuk menyantuni mereka. Dalam kunjungan itu, Setiausaha Kerja SAY Kuala […]
Sumbangan YADIM Negeri Sembilan sekitar Senawang, Ampangan.

SEKITAR musaádah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan di Senawang dan Ampangan pada 4 Julai. Sebanyak 50 keluarga menerima sumbangan daripada YADIM Negeri Sembilan. Kesemuanya ialah mereka yang terjejas punca pendapatan akibat Covid-19. Mereka yang menerima sumbangan adalah penduduk sekitar Kampung Panchor, Rumah Rakyat Seri Perdana Paroi, Taman Bukit Sri Senawang, Rumah Rakyat Pantai, […]
Musaádah YADIM Kelantan di Tawang dan Selising

Bachok – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan meneruskan inisiatif menyantuni rakyat di negeri ini di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tawang, Bachok dan DUN Selising, Pasir Puteh pada 4 Julai. . Program yang bermula pada jam 10 pagi itu diadakan dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Tawang. Sebanyak 30 keluarga menerima sumbangan barangan keperluan […]
Fokus sumbangan, jangan polemik kempen bendera putih

GEORGETOWN – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menjadikan tindakan mengibar bendera putih sebagai satu polemik sebaliknya menumpukan kepada pemberian sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Malaysia, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, semua pihak dinasihatkan memfokuskan kepada bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada pihak yang memerlukan. “Kita berpandangan, […]
300 Wira Oren terima sumbangan YADIM

SEBERANG PERAI – Seramai 300 pekerja pembersihan di negeri ini menerima sumbangan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 3 Julai. Mereka yang dikenali sebagai Wira Oren Majlis Bandaraya Seberang Perai, adalah golongan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di negeri ini. Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh […]
Sumbangan untuk PPV Dewan Millenium, IPD Seberang Perai Utara

KEPALA BATAS – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada 3 Julai berada di negeri ini untuk pelbagai program menyantuni rakyat. Program pertama diadakan di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Millenium di sini pada jam 9.30 pagi. Di sini, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh menyampaikan bantuan berupa barangan makanan kering seperti biskut, roti, […]
Makanan siap dimasak, barangan keperluan harian untuk anak yatim, asnaf oleh SAY Kuala Langat

TELOK PANGLIMA GARANG – Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dilaksanakan, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat mengambil kesempatan menyantuni anak anak yatim di mukim ini. Sebanyak 60 pek makanan siap dimasak diagihkan kepada keluarga anak anak yatim yang memerlukan pada 2 Julai. Pada hari yang sama, sebanyak empat keluarga asnaf di sekitar mukim […]