Sumbangan untuk keluarga dikuarantin akibat Covid-19

KEBUN BHARU – Lima keluarga di kampung ini yang menjalani kuarantin akibat Covid-19 menerima sumbangan daripada Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat. Sumbangan ini disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin pada 10 Julai. Pada hari yang sama juga, tiga keluarga di Sijangkang berdekatan kawasan ini, yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan […]

SAY Sungai Petani ceriakan 20 penduduk Kampung Olak Madu, Pantai Perai dan Padang Mahligai

SIDAM – Pada 10 Julai, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Sungai Petani telah menyantuni 20 keluarga dari golongan asnaf, ibu tunggal dan lain lain yang terjejas pendapatan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.   Mereka yang terdiri daripada penduduk Kampung Pantai Perai, Kampung Olak Madu dan Padang Mahligai menerima bakul makanan yang disampaikan oleh […]

200 kilogram ikan kembung untuk komuniti Kuala Selangor

KUALA SELANGOR – KitaJagaKita. Slogan tepat untuk komuniti di sini apabila mereka saling membantu sesama mereka tanpa mengira latar belakang. Bertempat di Parit 4 di sini pada 8 Julai, sebanyak 200 kilogram ikan kembung diagihkan kepada mereka yang memerlukan oleh Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Selangor. SAY Kuala Selangor yang diketuai Pengerusinya, Asmah […]

YADIM Kedah santuni petugas PPV, Guru Pondok, Pemandu Teksi dan Asnaf di Sik

SIK – Seramai 124 petugas Pusat Pemberian Vaksin di sini disantuni oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 8 Julai menerusi pemberian barangan keperluan harian. Ia sebagai menghargai penat lelah mereka yang kekal tabah bertugas di saat keadaan Covid-19 negara yang meruncing. Sumbangan disampaikan Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria. Hadir sama ialah […]

YADIM Kedah santuni petugas PPV, Guru Pondok, Pemandu Teksi dan Asnaf di Sik

SIK – Seramai 124 petugas Pusat Pemberian Vaksin di sini disantuni oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah pada 8 Julai menerusi pemberian barangan keperluan harian. Ia sebagai menghargai penat lelah mereka yang kekal tabah bertugas di saat keadaan Covid-19 negara yang meruncing. Sumbangan disampaikan Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria. Hadir sama ialah […]

Is’adul Usrah di Kampung Tedong Barat

MERLIMAU – Dengan hanya bekerja sendiri, antaranya memotong rumput di sekitar kampung, Zulhadi Taib di Kampung Tedong Barat di sini terpaksa berdikit sikit mengawal perbelanjaannya.     Bapa empat anak ini beberapa kali menangguhkan hasrat untuk membaiki dinding dan bumbung rumahnya yang rosak.   Kayu dindingnya mula reput, begitu juga bumbung dapur rumahnya. Memang menjadi […]

“Terima kasihlah mari hantar jauh jauh,  menyusahkan ustaz,”

TANAH MERAH – Shaiful Safari Mat Yaakob menghubungi TeleBantuan YADIM pada 6 Julai lalu mengharapkan sedikit sumbangan untuknya. Ketika ini, dia tidak mampu bekerja akibat diserang gout. Menambah duka keluarganya, isterinya baharu sahaja selesai menjalani pembedahan injap jantung sekaligus memerlukan penjagaan dan perhatiannya. Sebaik mengetahui keadaan dihadapi lelaki ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan […]

20 keluarga terima sumbangan SAY Sungai Petani

PADANG SALIM – Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1 yang kini masih dikuatkuasakan menyebabkan semakin masyarakat perlu dibantu. Peka dengan keadaan tersebut, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Sungai Petani pada 8 Julai menyantuni seramai 20 keluarga sekitar kawasan ini dengan menyalurkan barangan  keperluan dapur. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi SAY Sungai Petani, Basor Harun. Turut bersama […]

YADIM Kedah santuni asnaf Bukit Pinang

BUKIT PINANG – Selepas selesai program musa’adah di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, pasukan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah kemudianyya bergerak kawsan ini menyantuni mereka yang memerlukan. Seramai tujuh keluarga menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM dalam ziarah pada 6 Julai. Selain Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, hadir sama ialah […]

Kit Ibadah untuk Hospital Sultanah Bahiyah

ALOR SETAR – Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini menerima sumbangan Kit Ibadah daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dan rakan rakan kerjasamanya pada 6 Julai. Antara rakan kerjasama yang terlibat ialah Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Kedah, Skuad Prihatin Kedah, Al Faizin Care serta Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri […]