28 set bahan bacaan untuk SASMEC, PIMPIN UMP
KUANTAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pahang pada 30 Ogos telah menyampaikan 20 set buku, majalah dan pamplet kepada Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah@IIUM (SASMEC) untuk diletakkan di sudut bacaan setiap wad dan pejabat SASMEC. Sebanyak 6 set pula disumbangkan untuk sudut bacaan enam Kulliyyah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) Kampus Kuantan serta […]
YADIM Peduli: Musaadah Jempol dan Bahau
JEMPOL – Seramai 105 warga Felda Lui Timur, Muda, Selatan dan Kampung Jambu 8 Bahau, menerima terima sumbangan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi sempena dengan kempen Semarakkan Bulan Kemerdekaan Negara pada 28 Ogos. NGO berkenaan ialah Perpatih Truckers Community dan Sukarelawan Al Basith yang disertai oleh Pejabat Penerangan Daerah Jempol, Ibu Pejabat […]
YADIM Kedah terus santuni mangsa banjir Yan
YAN – Bantuan berterusan disumbangkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah kepada mangsa fenomena kepala air di sini baru baru ini. Pada 28 Ogos, dengan kerjasama rakan rakan badan bukan kerajaan seperti Persatuan Alumni Pendakwah Media (PENDAMAI) KM CARE, Iman Care, Persatuan Institusi Tahfiz al Quran Negeri Selangor (PITAS) dan Ausss Riders 410, mereka […]
500 penjaja terima sumbangan Gas Malaysia, PPZ-MAIWP
PETALING JAYA – Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia) bersama Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengedarkan bantuan barangan keperluan asas kepada 500 penjaja kecil yang terkesan akibat penularan Covid-19. Sejumlah RM50,000 bekalan makanan seperti beras, minyak masak, gula, sardin, dan biskut diberikan kepada penjaja yang terkesan menerusi wakil Yang Dipertua […]
400 pek makanan, pakaian untuk penduduk Titi Hayun
YAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah meneruskan misi bantuan kepada penduduk yang terjejas dalam tragedi kepala air di daerah ini pada 23 Ogos. Dalam program secara kerjasama dengan Briged Bakti Malaysia dan Prelove Donation Centre selaku penaja, sebanyak 400 pek makanan dan air minuman diserahkan kepada penduduk Kampung Seberang Pekan, Taman Guru dan […]
Musadah Covid 19 3.0 YADIM Perlis di Kampung Semadong
BESERI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Perlis juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menyantuni golongan yang memerlukan di negeri tersebut. Program terbaharu mereka diadakan di Kampung Semading di sini pada 16 Ogos apabila 30 keluarga asnaf kampung tersebut menerima sumbangan barangan keperluan harian. Tidak ketinggalan menerima sumbangan ialah 10 pemandu teksi dan […]
8 keluarga di Felda Chini, Paloh Hinai dan Felda Lepar Hilir terima sumbangan YADIM Pahang
CHINI – Terjejas pendapatan kerana tidak dapat kerja lebih masa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, sedang gaji asas tidak mencukupi. Ada pula suami yang bekerja sendiri dan kekurangan dana untuk mengubati anak yang mengidap sakit buah pinggang…. Banyak lagi aduan pemohon sumbangan yang tidak dapat untuk dikongsikan semuanya… Itulah antara keluhan dan luahan para pemohon sumbangan […]
“Pernah terputus bekalan, ada ustaz minta hubungi YADIM”
LATA CELAK – Perjalanan ke rumah pemohon kali ini agak mencabar. Jalan berlumpur, licin dan berbatu ditempuhi sebelum kami akhirnya sampai ke rumah yang dihajati. Ishak Saad atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Paktam Sahak, 54 tahun, merupakan seorang bapa kepada tujuh orang anak. Isterinya, Namisah Haya diuji dengan sakit tulang belakang. Rawatan terapi terpaksa […]
2,600 botol air, pam berkuasa tinggi untuk mangsa gangguan bekalan air Terengganu KUALA TERENGGANU – Dengan gangguan bekalan air di sini dan Kuala Nerus yang masih berterusan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu telah mengedarkan lebih 2,600 botol air mineral pelbagai saiz kepada penduduk terjejas bagi membantu mereka. Inisiatif menerusi program Musaádah Bekalan Air Terengganu […]
Dua pondok di Kuala Ketil disantuni YADIM Kedah
KUALA KETIL – Bersempena dengan sambutan Awal Muharam pada 10 Ogos, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada dua institusi pondok di sini. Maahad Taffaquh Fiddin dan Pondok Nurul Ehsan telah menerima sumbangan makanan kering seperti beras, tepung, gula, sos, kicap dan kordial bagi membantu mereka yang juga terjejas akibat […]